Monday, 8 August 2011

Boleh buat maksiat, dengan syarat......

Dalam kitab al tazkirah fi ahwal al mawta wa umur al akirah oleh imam al qurtobi, diceritakan berkenaan seorang lelaki dalam perjalanan utk mencari hidayah telah bertemu dgn seorang sufi yg hebat, iaitu Ibrahim Adham.

Beliau bertanya, apakah ada ruang kpd beliau utk melakukan
maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:

1- Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2- Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan
kepadaNya.

3- Buatlah maksiat ditempat yang Allah tidak nampak kamu

4- Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5- Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan melakukan maksiat.

Setelah mendengar kata2 tersebut, lelaki itu menangis teresak2 kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat bersungguh2. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh....

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)