Wednesday, 10 August 2011

Diazab Kerana Berbuka Sebelum Waktu

Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua-dua belah tanganku dan membawa aku kesebuah gunung yang berbatu. Mereka berkata: 'Dakilah'. Aku berkata: ' Aku tidak boleh melakukanya.' Mereka berkata: 'Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya'.

Maka, aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung. Kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. Aku bertany: 'Suara apakah itu?' Mereka menjawab: 'Itu adalah jeritan para penghuni neraka'.

Kemudian, aku dibawa pergi dan aku melihat orang digantung pada buku lalinya, mulutnya terkoyak dan mengalir darah. Aku bertanya: 'Siapakah mereka itu?' Mereka menjawab: ' Mereka ialah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya'. (Riwayat Al- Baihaqi)

Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman yang keras sedemikian rupa, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak kecil yang belum mencapai usia baligh masih boleh di maafkan lagi, tetapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang sudah berstatus mukalaf.

4 comments:

  1. Ya Allah. takutnye.. thanks for sharing. mohon share ye

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan wan...
    salam kenal juga dari akak..
    info yg cukup menarik!!

    ReplyDelete
  3. Cx's....dipersilakan untuk berkongsi...tq sudi jenguk blog ni ;)

    ReplyDelete
  4. Kak Azlita...tq yer jenguk blog wan...klau akak nak tahu wan selalu dok skodeng blog akak hehehe.....

    ReplyDelete

takkan baca jer....komen la sikit :)