Wednesday, 30 November 2011

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum w.b.t

Pertama kali masak spageti ni hehe, maklum la sbb tak suka makan tu yg tak layan sgt tu, akhirnya kena la ibunya masak jg atas permintaan anak2 yg suka makan spageti ni. Mereka start suka makan masa ada family day Tadika Al Fatih. Asal nampak spageti je mesti suruh masak, so hari ahad ari tu baru la ibunya berkesempatan utk masak spageti ni tp yg biasa2 aje la sbb anak2 wan tak suka sayur.


Resepi ni wan ambik kat blog Kak Hanieliza...izinkan wan share kat sini ye kak...



Spaghetti Bolognese
bahan-bahan:-
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2] (wan ltk golden mushroom)
1 biji carrot [potong dadu] (wan x ltk)
2 biji putik jagung [potong kecil] (wan xltk)
4 biji tomato [potong dadu] (wan x ltk)
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1 cawan tomato sos (wan guna sos prego tradisi)
1/2 cawan air
minyak
garam
oregano
daun sup [cincang halus] (wan x ltk)

Banyak yg wan tak ltk tu coz anak2 tak suka....

Cara:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.[takder daun pasli jual kat sini]

 Along sampai 4x mkn....selang sejam sekali hehe...mmg feberet dia ni...tak kurang juga dgn si Angah mkn berulang2 kali heheh....puas ati ibu msk tgk anak2 mkn berselera....


Kari Ayam

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kawan2 semua...moga2 sihat la hendaknya, wan anak beranak kurang sihat start 2 ari lepas lg, selsema..batuk...aduyai...yg baby dan c along ni asal batuk je mesti kena lelah..tu yg tak dapat nak bersiaran tu hehe. Ari ni dah nampak berkurang sikit, yg demam pun dah nampak makin baik..Alhamdulillah.

Kari ayam ni masak semalam lg..tp xleh nak tepek kat sini semalam sbb broadband xleh nak bukak langsung smlm...agaknya sbb ujan kot..teruk la pakai broadband...nak bersiaran pun x seronok.


Kari ayam ni biasa2 je..masak main campak2 je hehe..xde yg istimewa pun tp ni la peberet anak2, tiap kali masak kari ayam mesti makan bertambah2, dah habis makan ngan nasi kang disambung plak makan dicicah ngan roti plak, kekadang tu anak2 requet wat roti jala...aduyai...anak2 laki biasa la, nak plak musim ujan cam gni...lg la,kejanya asyik nak makan je.

Sunday, 27 November 2011

Cucur Susu Lemak Manis

Assalamualaikum....

Selamat malam...baru boleh nak bersiaran hari ni hehe...siang hari memang sibuk dgn si kecik, dia nampak je ibunya nak ngadap mulalah datang duduk atas riba...aduyaiii....biasa la ada anak kecik macam ni la yer...

Setelah sekian lama tidak mengupdate blog ni...baru sehari 2 ni dapat mengadap, sebelum wan dok ngadap kat hp jer, nak update blog tu boleh...tp kalau nak upload gambar tu asyik error je, tu yg buat malas nak update tu, sekadar tulis je tak best la kan...nak la tepek gambar sekali ehehe...

Aishhhh...dok membebel plak wan ni...tajuknya kemain lg cucur susu lemak manis...tapi dok membebel je hahaha....ok la, ptg tadi wan masak cucur yg sedap ni, resepi ni wan sekodeng kat rumah kak ita (Azlita Aziz)...wan mmg suka skodeng dapur kak ita...cari je nak resepi aper...pendek kata semua ada la...pulak tu semuanya sedap2 belaka. Cucur ni mmg mabeles...lembut dan gebu sgt...pasti kids suka...wan dah byk kali buat ni....so ari ni wan nak kongsikan plak dgn kwn2 kat sini...

Kak Ita...izinkan wan cnp kat blog wan yer....

Cucur Susu Lemak Manis

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar/cair
garam secukup rasa

Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar atau cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan Angkat cucur dan hidangkan.