Wednesday, 30 November 2011

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum w.b.t

Pertama kali masak spageti ni hehe, maklum la sbb tak suka makan tu yg tak layan sgt tu, akhirnya kena la ibunya masak jg atas permintaan anak2 yg suka makan spageti ni. Mereka start suka makan masa ada family day Tadika Al Fatih. Asal nampak spageti je mesti suruh masak, so hari ahad ari tu baru la ibunya berkesempatan utk masak spageti ni tp yg biasa2 aje la sbb anak2 wan tak suka sayur.


Resepi ni wan ambik kat blog Kak Hanieliza...izinkan wan share kat sini ye kak...



Spaghetti Bolognese
bahan-bahan:-
1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2] (wan ltk golden mushroom)
1 biji carrot [potong dadu] (wan x ltk)
2 biji putik jagung [potong kecil] (wan xltk)
4 biji tomato [potong dadu] (wan x ltk)
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1 cawan tomato sos (wan guna sos prego tradisi)
1/2 cawan air
minyak
garam
oregano
daun sup [cincang halus] (wan x ltk)

Banyak yg wan tak ltk tu coz anak2 tak suka....

Cara:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.[takder daun pasli jual kat sini]

 Along sampai 4x mkn....selang sejam sekali hehe...mmg feberet dia ni...tak kurang juga dgn si Angah mkn berulang2 kali heheh....puas ati ibu msk tgk anak2 mkn berselera....


No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)