Friday, 30 December 2011

Kek coklat moist

Assalamualaikum...
Kek yang terbaru gambarnya dah terdelete...so ade simpanan gambar yg lama, atas permintaan kawan2 yg nakkan resepi kek ni...minta maaf yer lewat letak n3 kat sini...
Kek ni tersangat la sedap...moist sangat2...cuba sekali pasti nak lagi hihi.....
Abaikan coklat yg comot kat pinggan tu yer....

Resipi:Kak Munira Baharum
Kek Coklat
Bahan-bahan A:
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • (bahan2 diatas digaul sebati dan masak diatas api yg perlahan, apabila dah sebati rehatkan sekejap)
Bahan-bahan B:
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (KFC) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (KFC) baking powder
  • (semua bahan-bahan diatas diayak bersama)
Bahan-bahan C:
  • 4 biji telur - blender jer
Cara-cara membuatnya:
Satukan bahan B dan C kedalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk. Bila dah sebati masukkan dalam loyang yg telah disapu minyak. Kukus selama 30-45 minit (bergantung pada saiz loyang).

*Loyang dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan adunan kek.Gunakan loyang bersaiz 7x7.

Super moist chocolate cake

Assalamualaikum...

N3 ni dah lama buat pun, belum berkesempatan lagi untuk buat yg terbaru, atas permintaan beberapa orang rakan yang minta resepi kek ni, baru hari ni sempat nak masukkan, minta maap la yer sbb lama menunggu. Penyediaan kek ni very la easy but sedap gebu dan mulus jer kejadiannya..nak tau kena la buat dan cuba sendiri heheh.....

Masa masak kek ni besday anak yang sulung..sebiji abahnya tempah, kira yang ni sbg tambahan gtu. So hiasan tu besday boy la yang hias bintang dan bulan tu.

Super moist chocolate cake

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 biji telur kuning
  • 1 1/2 cawan mentega
  • 1 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan air panas
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara membuatnya:
    1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telor satu persatu dan pukul hingga rata.
    2. Tapis tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat sebanyak 3 kali.
    3. Kemudian masukkan adunan tepung itu tadi berselang seli dengan air. Bancuh hingga rata.
    4. Masukkan adunan kedalam loyang berukuran 9 inci. Masukkan kedalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius. Setelah sejuk, bolehlah letakkan toping coklat.
Topping:

-Sekeping coklat masakan van houtan (atau mana2 pilhan anda)
-susu cair lbh kurang 10ml.
-1 sudu besar mentega
(masakkan coklat secara double boiler, apabila coklat cair masukkan susu dan mentega)

Thursday, 29 December 2011

Ikan Singgang

Selamat petang...

Cuaca dah mula redup kat luar tu, basah lagi la en somi balik keja nanti, musim2 ujan gini suruh naik keta tak nak, best lagi naik motor katanya, tak payah nak bayar tol..kalau pegi dengan keta nak kena gerak awal la dari rumah, kalau tak terperangkap dalam jem plak.

Untuk makan malam ni wan masak ikan tongkol singgang, semestinya feberet wan dan en somi, nak plak makan dengan ulam2 cicah budu....walllaaaa weiiii...sedapnya, tak sabar nak tunggu en somi balik kerja.

Ikan Singgang (my style)

Bahan-bahan:
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih(dihiris)
  • 5 keping asam keping
  • 1 inci belacan (optional)
  • 3 inci lengkuas (dihiris)
  • Cili padi (optional)
  • Bendi (optional)
  • Air
Cara-cara membuatnya:
Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali bendi dan cili padi, setelah mendidih masukkan bendi dan cili. Renihkan sekejap dan sedia untuk dihidangkan.


Ayam Masak Halia

Assalamualaikum...

Malam tadi tak sempat nak letakkan n3 ayam masak halia ni..gara2 dok leka menonton bola...sudahnya frust betul kelate kalah huhu...

Sekali lagi wan ambik resepi dari buku resepi senangnya masak dari Chef Liza..resepi yang senang dan ringkas tapi sedap..bagi wan yang ada anak kecik ni nak masak seringkas yg boleh, kalau resepi yg susah penyediaannya agak susah la wan nak ikut kecuali......time ade en somi bolehlah layan resepi yg susah2 sikit sbb en somi jagakan si kecik ni. Kalau tak setiap kali masak jer dok tarik2 baju ibunya..nak masak pun rimas
Resipi:Chef Liza 
Rujukan:Senangnya memasak....
Ayam Masak Halia

Bahan A
  • 500gm ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 sudu besar minyak msak
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris)
  • 3 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
Cara membuatnya:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air.
  3.  Masakkan ayam sehingga lembut.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato dan daun bawang, kemudian kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.






Kek Batik


Assalamualaikum w.b.t
Selamat petang....

 Baru nak bersiaran hari ni, gara2 nak melayan Along Hakim yang bad mood sepanjang hari semalam. Bad mood sbb ibu tak masak kek batik...hahaha...lawak la along ni, ibunya tak sempat nak masak semalam dek kerana sibuk dengan sikecik ni..so ari ni nak pujuk along yang tengah berduka tuh, lps subuh jer ibu terus masak kek batik...tu diaaa...bangun jer along dr tidur terus tanya 'ibu nak masak kek batik along ke ni??? yer la... sbb semalam along bad mood jer... apalagi....terus melompat dia.

Pejam celik pejam celik kita dah nak meninggalkan tahun 2011, dua hari jer lagi. Bertambah lagilah umur ni..apa azam tahun baru ni yer....banyak sebenarnya hehehe...kita tinggal dulu bab azam tahun ni, kita tgk dulu kek batik yang sedap ni..(tak habis2 nak puji diri sendiri yer)...


Resepi:cikepel
Kek batik tanpa telur
Bahan-bahan:-

Biskut marie 1 bungkus-patahkan 4
3/4 cawan susu pekat manis
1 cawan butter
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan milo
1 cawan oat/nestum (wan guna horlicks)
3 sudu besar susu segar

Cara-caranya:-
Masukkan semua bahan kecuali biskut marie. Kacau sehingga mentega cair dan adunan memekat, pastu masukkan biskut marie, gaul rata. Masukkan dalam loyang @ bekas. Padatkan dan simpan dalam fridge.

Wednesday, 28 December 2011

Apam Salju

Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang......

Alhamdulillah dah siap mengukus apam salju, lamanya tak masak apam...kalau tak silap awal tahun ari tu masak apam...masa tu ade kazen ngan anak buah kat umah ni, pastu mmg dah tak berkesempatan nak masak apam lg, masa tu baby Irfan kecik lg...mmg susah kalau nak masak2 makanan yg ambik masa lama ni, nak plak nak kukus apam ni.

Ari ni entah macam mana terpanggil nak masak apam...syukur sempat siapkan sebelum sikecik bgn dari tidur, kalau tak alamatnya mmg kena masak sambil berdukung la. Dah lama sangat tak masak apam rasa macam ade yang tak kena jer ngan apam ni...rupa2nya....lupa nak balut tutup ngan kain...jadi permukaan apam tu macam bulan la hahaha....apa pun dan makan pun apamnya..puas ati dapat makan byk...selalu kalau bl 2 hinggit dapat la 5 bijik jer...


Jd biru mata hitamku heheh...anak2 la pilih nak kaler ni..biasa la budak laki mesti suka kaler biru..nak wat pink tak nak katanya...sbb mereka orang laki nanti pondan la pilih pink...ade plak macam tu heheh...
Kak Yati...izinkan wan c&p kat sini yer....


 Resepi:yatiememories

Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Sup Ayam

Assalamualaikum w.b.t

Dah masak untuk lunch semua ker...menu aper ari ni??? wan masak sup ayam jer, semalam dok nampak sup yang DJ tayang...lagipula anak2 suka kalau buat sup ayam, akan bertambah2 la makan nasi tuh, siap hirup kuah lagi,wan selalu masak sup..seminggu sekali tu mesti ade menu sup...anak kecik 2 orang ni memang suka la kalau makan nasi ade kuah sup...berselera betul la, biasa la tekak anak kecikkan..mmm....dah banyak wan mencuba resepi sup dan semalam ternampak plak DJ tayangkan sup ayamnya...nampak kelainan resepi cara DJ masak sup...ari ni wan pun nak mencuba la resepi DJ ni...

Ermmmm....mmg tak rugi mencuba..walaupun simple tapi sedap....penyediaannya pun tak susah mana, kalau kawan2 nak mencuba boleh la cuba dan rasa sendiri yer hehe....

 Resepi:DapurKu Sayang
Resepi Sup Ayam 
bahan-bahan :
* 1/2 ekor ayam (dipotong kecil2)
* 1 sudu makan perencah sup (dibancuh dgn sedikit air) - kiub ayam pun boleh
* rempah 4 sekawan (direndam dgn 1 cawan air panas)
* 2 biji bawang merah (ditumbuk)
* 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
* 1 cm halia (ditumbuk)
* 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
* 2 biji ubi kentang (dipotong ikut suka)
* hirisan daun sup dan daun bawang
* hirisan karot
* bawang goreng
* hirisan cili merah
* air secukupnya
* garam secukupnya

cara-cara :
1- Panaskan 1 sudu besar minyak masak ke dalam periuk, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
2- Masukkan ayam. Kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika.
3- Masukkan air dari rempah 4 sekawan tadi, perencah sup dan tambahkan air secukupnya.
4- Masukkan ubi kentang. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
5- Masukkan karot dan perasakan dengan garam.
6- Setelah masak, hiaskan dengan daun sup, cili merah dan bawang goreng.


Bubur Asyura

Assalamualaikum....

Ari Ahad ari tuh dapat la makan bubur asyura...sedapnya la..dah hampir 5..6...taun kot tak merasa makan bubur asyura ni (nak plak bubur asyura stail kelate)....pehhhhh sedap weiiii...terasa rempah2nya tuh. Terima kasih kepada Abe Jera (jiran) yang bg bubur asyura tu...ni la rezeki namanya hehe...

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum w.b.t...

Jam dah hampir 12.30 tgh malam ni..terasa sunyi lak sebab semua dah tido...tak nak membebel banyak la..mata pun dah pedih2 ni, nak letak n3 ni yang masak ari ahad ari tuh..sbb tak kemana2 sbb en somi ade kerja, si along ni dok mintak suruh masakkan spagetti..so layan je la. Nak ikutkan baru jer bulan lepas masak spagetti tp masa tu wan guna resepi dari Chef liza...kali ni wan skodeng dapur yatiememories, wallaaaa...weiii sedap gak terasa cheesenya tuh..

Yatie..izinkan wan c&p resepi kat sini yer sebagai rujukan lepas ni...kepada kawan2 yang nak tahu kesedapanya boleh la cuba resepi ni.

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
  • 1 helai daun bay kering
  • 400 gm daging kisar - (wan guna ayam kisar)
  • 400 gm tomato dalam tin – dikisar (kalau takde, guna 4 biji buah tomato yg masak ranum di ptng dadu dan tambah 4 sudu besar tomato sos...itu cara yatie)
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500 gm spaghetti – direbus al dente
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan tomato, air, stok, puri, oregano, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
  6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

Apam balik

Assalamualaikum w.b.t....

Apa khabar semua? terasa lama dah tak update blog ni..banyaknya habuk dan dah mula bersawang dah ni ehehe...masa tak mengizinkan untuk jenguk kat sini, ujung minggu lepas sibuk dok settlekan cop nama dan balut buku anak2 sekolah, tak nak la buat last2 minute nanti kelam kabut plak nanti, tinggal nak jahit nama dan lencana je lagi ni.

Minggu lepas juga Along (Hakim) kena lelah lagi...pastu sikecik ni plak yang lelah, dua orang lelah..tu yang tak berkesempatan nak masuk dapur ni...masak tetap masak cuma tak dan nak letak n3 kat sini. So malam ni ambik kesempatan nak jenguk kejap..ni pun semua dah tido kalau tak mmg tak berpeluang nak ngadap ni..si kecik ni jelez kalau tgk wan pegang lappy jer terus nak rebut.

Apam balik ni minggu lepas lg wan buat, layan anak2 yg mintak apam ni, tp apam ni tak letak jagung manis coz anak2 wan tak suka, so wan gantikan dengan coklat rice dan coklat cip...ermmm..sedap jugak la layan tekak ni, nak plak makan petang2 time ujan gini. Apam ni resepi dari Chef liza...sesuai utk kudapan makan petang. Bahan2nya pun simple jer dan cepat penyediaannya...

Resepi: Chef liza 
Rujukan: Senangnya memasak....kuih muih

Apam balik
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 4 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
BAHAN B
  • 2 cawan susu segar @ (1 cwn susu cair tambah 1 cawan air)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji telor
BAHAN C
  • 1 cawan jagung krim
  • (blh juga gantikan jagung dengan hirisan pisang atau coklat cip)
Cara2 membuatnya
  1. Gaulkan semua bahan A didalam mangkuk besar.
  2. Masukkan semua bahan B dan kacau rata.
  3. Panaskan kuali non-stik dan sendukkan adunan.
  4. Tutup kuali non-stik dan biarkan adunan tiga suku masak.
  5. Letakkan jagung krim.
  6. Lipat dan hidangkan.

Thursday, 22 December 2011

Stew Ayam

Assalamualaikum...
Selamat petang...

Dah lunch ker??? menu aper?? Wan baru jer siap masak stew ayam ni, first masak stew ayam...sedap... heheh puji diri sendiri tp resepi bukan rekaan sendiri. Kalau resepi sedap dan ringkas ni dah tentu la dari Chef Liza.
Resepi: Chef Liza
Rujukan: Senangnya memasak...Ayam

Stew Ayam
Bahan A
  •  500 gram ayam
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 2 sudu makan minyak masak
Bahan B (dibancuh)
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Garam secukup rasa
Bahan C (dihiris)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji cili merah
Cara2 membuatnya:
  1. Ayam dibuang kulit, dipotong kecil dan bersihkan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  3. Masukkan ayam dan kacau rata.Biarkan hingga lembut.
  4. Masukkan semua sayur kecuali daun bawang dan daun sup.
  5. Apabila layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan mendidih.
  6. Tutup api kemudian taburkan daun bawang dan daun sup.
  7. Hidangkan dengan nasi ataupun roti.

    Jika rambut berbuah

    Selamat pagi...
    Dah lama rasanya tak masukkan petua kat sini, ari ni wan nak kongsikan satu petua ni untuk membantu kita dari masalah rambut berbuah....haaa...rambuut bernuah...camana tuh...wan pernah tengok pun masa zaman kecik2 dulu..dok cek atas kepala anak2 takde pun berbuah tu..

    Rambut berbuah memang menjadi masalah. Kita akan menjadi leka menarik satu persatu rambut yang berbuah tu. Mungkin ada yang mengambil keputusan untuk memotongnya jika terlalu banyak. Petua dibawah ni mungkin boleh membantu anda. Selepas mandi, ketika rambut masih lagi basah, ambil sikat (sikat buluh @ sisir kapit) kemudian sikat rambut anda perlahan-lahan secara menurun. Lakukan secara terus dan anda akan lihat buah hitam akan melekat pada sikat tersebut. Amalkan setiap pg dan Insyallah...hasilnya amat menakjubkan. Buah hilang dan rambut menjadi lembut dan lurus serta senang untuk disikat. Tiada lg masalah rambut berbuah.




    Hiburan Islam didik jiwa

    ISLAM adalah agama yang sempurna dan lengkap merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Islam juga meraikan kepelbagaian fitrah manusia serta menolak sesuatu yang menjauhi fitrah manusia.
    Begitu juga halnya apabila berbicara soal hiburan dalam kehidupan kerana hakikatnya fitrah manusia memerlukan hiburan.

    Sebagai bukti, ia boleh dilihat dalam sebuah hadis yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW tidak menolak hiburan.
    Daripada Aisyah RA, katanya: “Rasulullah SAW masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) menyanyi-nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring di tempat baringku dan dipalingkan mukanya.

    “(Tiba-tiba) masuk Abu Bakar RA serta mengherdik saya dengan katanya ‘serunai (mizmar) syaitan’ di sisi Baginda SAW. Rasulullah SAW mengadap Abu Bakar seraya berkata: ‘Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa)’. Apabila keadaan Rasulullah SAW selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi, mereka pun berhenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Namun, yang dibimbangkan pada masa kini adalah budaya hiburan melampau yang menjauhkan manusia daripada pencipta-Nya.

    Ini yang disebutkan sebagai ‘Hedonisme’ — satu keadaan di mana kehidupan manusia dikuasai oleh hiburan yang melalaikan.

    Lebih menggusarkan, hedonisme umpama virus atau sel penyakit yang semakin merebak serta merosakkan kehidupan manusia, terutama jiwa anak remaja dari sehari ke sehari.

    Berbicara mengenai hedonisme, pastinya ia berkait rapat dengan penyakit virus ‘liberalisme’. Segala perkara diputuskan melalui akal manakala garis panduan agama dilihat sebagai ‘pengacau’ yang menghalang kebebasan.
    Hedonisme dan liberalisme menghentam budaya Islam di seluruh dunia. Kedua-dua virus ini menyerang secara halus mungkin tanpa kita sedari.

    Seperti contoh, pendokong ideologi liberalisme menggambarkan penutupan aurat sebagai kolot, merendah diri, dilihat sebagai lemah dan tidak berkarisma, manakala malu digambarkan sebagai ‘tak sporting’.

    Lebih biadap lagi, mereka memberi pelbagai gelaran sinis kepada individu yang cuba menegur dan memberi nasihat dengan pelbagai gelaran, termasuk ‘serbanitas’, ‘Taliban’ dan ‘ekstremis’.

    Liberalisme menggariskan prinsip bahawa manusia bebas melakukan apa saja. Secara halusnya, mereka digambarkan sebagai pejuang yang memperjuangkan hak yang sebenarnya mempunyai nas di dalam agama.

    Semuanya mahu bebas, kononnya tidak mahu dikongkong. Katanya, hidup hanya sekali, kubur masing- masing, dosa pahala ditanggung sendiri.

    Realiti dunia zaman kini, semuanya berkehendakkan kepada hiburan. Seakan- akan menjadi adat, tidak berseri sesuatu majlis itu kalau tidak diselitkan dengan hiburan.

    Malah, antara cara paling mudah menarik masyarakat ke majlis atau karnival adalah menyelitkan hiburan sepanjang atau di akhir program.

    Bersesak-sesaklah muda- mudi memenuhi majlis sambil menari dan melompat mengikut rentak hiburan yang melalaikan.

    Tiada lagi istilah halal haram apabila di dalam program berkenaan lelaki dan perempuan bebas bergaul.

    Tidak kurang juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan pada hari hujan, siap menyediakan perkhidmatan kepada remaja.

    Hasilnya, lihatlah pada dada akhbar dan berita setiap hari. Berita seperti kes pembuangan anak, dadah dan bunuh diri di kalangan remaja seakan-akan menjadi santapan tetap kepada kita.

    Namun, yang menghairankan, apabila keluar berita seperti ini, semua pihak seakan-akan kesal dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

    Saya tertarik dengan ungkapan seorang ustaz di dalam blognya yang mengumpamakan hedonisme sebagai dadah yang meracuni hidup manusia. Hedonisme mencipta mimpi indah penggunanya hingga khayal di dalam dunia mereka sendiri.

    Penganjurnya pula diibaratkan sebagai pengedarnya yang tidak terjebak dengan ketagihan hedonisme. Mereka hanya memikirkan bagaimana memaksimumkan keuntungan perniagaan.

    Kerana itu Islam menggariskan panduan untuk berhibur. Bak lirik yang dinyanyikan kumpulan Raihan seketika dulu: “Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah...” Matlamat hiburan dalam Islam adalah mencapai ketenangan dan kepuasan dalam acuan sederhana, positif serta tidak melampaui batas. Hiburan dalam Islam juga lebih kepada mendidik hati dan jiwa manusia serta tidak melampaui batas.

    Seperti kata Imam Ali RA yang mengumpamakan hiburan dalam hidup manusia sebagai garam dalam masakan. Cukup hanya digunakan sekadarnya. Jika berlebihan, rosaklah rasa masakan itu.

    Hiburan yang berlebihan menggelapkan hati dan membuat kita jauh daripada rahmat Allah. Namun akhir- akhir ini, kita sekurang-kurangnya mendapat sedikit penawar bagi merawat gejala hedonisme.

    Rancangan TV keagamaan berbentuk program realiti televisyen seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan, Akademi Al-Quran, dan Solehah semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

    Sekurang-kurangnya dewasa ini kita mempunyai pilihan. Cuma pilihan itu terletak di tangan kita sendiri.

    Saya juga melihat perkembangan baik sejak akhir-akhir ini di mana muda-mudi mula berjinak-jinak mendalami ilmu agama dengan memenuhi kuliah yang dipimpin tokoh agama.

    Ia seumpama fenomena baru dalam negara kita. Sebagai contoh, pernah berlaku kesesakan lalulintas di lebuh raya sekitar ibu kota akibat tempat meletak kenderaan yang penuh di dalam kawasan masjid.

    Kerana itu, mereka terpaksa meletakkan kereta di tepi jalan lebuh raya semata-mata untuk menghadiri kuliah agama yang diadakan di masjid.

    Semua ini adalah perkara luar biasa kerana menggambarkan kesungguhan mereka menghadiri majlis agama.

    Individu seperti ini yang dicari-cari masyarakat kita pada hari ini. Pendekatan sederhana yang mampu menarik minat muda-mudi untuk memenuhi segenap ruang di masjid, surau dan seumpamanya.

    Yang jelas, masyarakat kita sebenarnya dahagakan ilmu agama untuk menjawab setiap persoalan yang berlegar dalam kotak pemikiran. Cuma mungkin cara pendekatan yang kurang kreatif menjadikan masyarakat kurang berminat mengikuti kelas atau program agama.

    Semoga semakin hari, semakin lahir ikon atau contoh ikutan baik yang dapat mendampingi masyarakat kita hari ini.

    Diharapkan penganjuran program ke-Islaman ini mampu berkembang lebih baik lagi atau seiring dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini.

    Ringgit Malaysia baru

    Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
    Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

    Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.
    Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.

    Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.

    Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.

    Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.

    Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini.

    Wednesday, 21 December 2011

    Pengat keledek

    Assalamualaikum...
    Selamat petang...nak bersiaran kejap je lagi...anak2 semua dah bgn ni tp elok plak tak nangis...selalunya bangun tidur mesti nangis....ooowhh..lupa..kalau ade Aiman (anak jiran) ni 2 si kecik ni suka main ngan Aiman, dapat dengar suara Aiman kat luar umah pun dia orang dah kecoh2 dah panggil Aiman...nasib baik la Aiman pun suka melayan "Aiman tak kisah....hehe"
    Cuaca ari ni mendung jer..meh kita pekena plak pengat keledek ni, citer bab keledek ni pun satu hal..jenuh nak menghabiskan keledek ni, masa balik kg raya haji lg, mak bg satu plastik besar...tp nak ikutkan en somi suruh beli 3 plastik besar sbb murah...nasib baik la tak terbeli 3..kalau tidak berakar la keledek ni kat dapur, yang satu plastik ni pun dah ada yg berakar..jadi nak tamatkan riwayat keledek ni terjadilah pengat keledek ni...satu periuk besar wan masak..ulur2 la kat jiran sikit...tak kuasa la nak makan anak beranak ni weihhh...naik kembung perut ni haaaa...
    Pengat ni wan masak ikut selera wan jer..xder la main sukat2 resepinya hehehe...pengat ni banyak nak abiskan stok keledek.

    Bahan2nya:
    5 ketul keledek
    1/2 cawan sagu
    1 cawan susu pekat
    1 kotak santan kecik
    (jika kurang manis boleh tambahkan gula melaka@gula putih)
    sedikit garam
    2 helai daun pandan
    Air secukupnya

    Cara2nya:
    1)Keledek dipotong dadu dan rebus
    2)Sagu dibasuh dan rebus, dah masak,basuh dan toskan.
    3)Masukkan santan, air, susu pekat, daun pandan. Apabila dah mendidih masukkan keledek dan sagu. Jika kurang manis boleh tambahkan gula putih @ gula melaka..

    *Penggunaan susu pekat bg menambahkan rasa lemak manis dalam pengat.



    Ikan bawal masak stim

    Assalamualaikum w.b.t
    Selamat petang semua..tengah wat aper tu..tidor ker, seronoknya kalau ada kesempatan untuk tidur siang hari ni..dah lama wan tak merasa tidur petang nih. Anak wan yang kecik 2 orang ni tidur tak sama2...kalau waktu tidur dia orang sama bolehlah ibunya tumpang sekatil heheh...elok si abang tidur...si adik seronok dok main...elok si abangnya bangun...si adik plak tidur...ermmm..takder can la ibu nak tidur cang gini...
    Oklah...wan boleh bersiaran ni sbb anak kecik tu tidur...wan pun baru jer lepas masak..kang kejap lagi bangun la si kecik tuh.agak2 sempat tak ibu nak taip resepi ni...wan masak bawal emas stim..en somi la beli bawal smp 4 ekor ari tuh...ari2 dok makan bawal la..nak biar lama2 dalam fridge tu tak best plak.
    Wan ambik resepi dari Kak An periuktanah ..sbb sebelum ni wan tak pernah masak bawal stim..biasanya masak siakap jer..

    Ikan bawal masak stim 
    Bahan-bahan:

    1 ekor ikan bawal 
    1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
    1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
    1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
    1 tangkai cili merah- hiris serong
    3 tangkai cili api- ketuk
    5 biji lada hitam- tumbuk halus
    1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
    2 biji limau kasturi diperah airnya
    sedikit garam

    Cara membuatnya:

    1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.

    2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia utk dihidang



    Roti goreng rangup

    Assalamualaikum....
    Ni n3 beberapa ari yg lepas...sedap roti ni, kreatif sunggup tuan yg cipta resepi ni, wan pun tak ingat ambik dr blog saper...kredit utk tuan punya resepi...anak2 suka layan ni. So wan nak share kat sini bg kawan2 lain plak yg cuba.

    Roti goreng rangup
    Bahan2nya:
    8 keping roti (wan guna sebungkus roti jumbo)
    seri kaya secukupnya
    2 cawan tepung gandum
    21/2 cawan air
    1 sudu marjerin
    1 sdk garam
    1 sdb gula (gula bkn bg perasa tp nak bg roti berkilat)
    sedikit pewarna kuning

    Cara2nya:
    1)Dalam bekas satukan tepung gandum, marjerin, garam dan gula. Bancuh dgn air (guna whisk lg senang) warnakan kuning, ketepikan.
    2)Ambil 2 keping roti dan sapukan seri kaya dan potong ikut citarasa, nak cantik buang kerak dibhagian tepi roti.
    3)Panaskan minyak untuk menggoreng
    4)Celupkan roti kedalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.


    Lempeng gandum

     Assalamualaikum w.b.t
    Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI ialah: 1.Jaga solat 5 waktu 2. Solat taubat n istighfar 70X sehari 3.Qada' solat yg tertinggal 4.Baca Quran 5.Maafkan org n mohon maaf 6.Cari ilmu berterusan n cari guru yg mursyid 7. Berkwn dgn org2 +ve 8. Sedekah kpd yg memerlukan 9.Beri binatang makan 10. Beri khidmat kpd yg perlu bantuan 11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya 12.Kekalkan wudu' 13. Puasa sunat 14. Sentiasa ingat mati 15. Hidupkan sunnah harian 16. Seru org ke arah kebaikan 17. Tunaikan hj n umrah. Mari kita amalkan agar rohani kita sihat n kita selamat dunia n akhirat.
    Apa khabar2 teman2 semua...sihat ker ari ni...dah brekpes ke belum..satu lg nak tanya...mandu udah ke belum....ade yg bau semacam je ni...hehe...mesti ade yg ngak beres ni .....
    Rindunya 2 ari tak bersiaran dok sibuk dgn tugas2 rumah yg tak pernah selesai, pg ni pun saja tangguhkan dulu kerja umah sbb nak bersiaran..tak pe boleh masak lewat sikit sbb kids baru selesai brekpes je...cucur topi lg dan lempeng gandum, ermmm tak abis2 melempeng wan yer..gambar pun tak sempat nak snap...tggl yang belen2 baru bleh snap..ye la sekeping masak sekeping mkn...dah suam2 kuku dah tak laku dah...anak2 suka makan time panas lempeng ni...nak plak cuaca kat luar redup dan bergerimis je dari awal pg td lg...kang kejap lg minta makan lg tu....sementara anak2 dok leka main ps2 boleh la ibunya bersiaran kejap.

    Ni jer yang sempat snap...ni kira yang dia org tak abih makan la nih huhu....
     Lempeng gandum 
    Bahan2nya:
    1 cawan gandum
    1 cawan air
    garam dan gula
    (adunan wan buat 3 cwn gandum + 3 cwn air +1 sdk garam +10 sdb gula)
    Bancuhkan semua bhn2 hingga sebati @ blender jer cepat hehe...gunakan sedikit minyak masak @ marjerin utk menggoreng...

    Monday, 19 December 2011

    Lempeng Susu

    Selamat pagi...
    Kejapnya masa berjalan..rasa baru je dok bersiaran tgk2 jam dah hampir kol 10...patut la anak2 dah bising lapar hahaha...tak cukup makan lempeng dah minta nak makan lain plak. Pg ni buat 2 jenis lempeng, satu adunan lempeng susu dan lempeng gandum...walau dah buat 2 adunan tp masih lagi tak cukup anak2 makan ehehe...mmg budak laki ni kuat makan ye...anak2 wan ni semua laki,dari yang kecik smp yg besar semuanya kuat makan...nak plak kalau lempeng ni...roti canai makan sebiji jer tp kalau lempeng 3,4 biji sorang.....tp seronok tgk anak2 makan...bersemangat ibu masak.


    Lempeng susu

    Bahan2:
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan susu cair/susu segar
    4 susu besar gula
    1 biji telor (optional)
    2 sudu besar air
    1 sudu kecik bikarbonat(optional)
    sedikit garam
    esen vanila

    Cara2:
    1)Gaul semua bahan2 hingga sebati (wan blender je)
    2)Masak dengan api perlahan, masak dengan sedikit marjerin diatas non stick pan
    **boleh dimakan dengan madi/sos/jem**

    Bawal masak kicap

    Assalamualaikum...
    Byknya n3 yg tertangguh...xpe la yer slow2 la wan share kat sini..alahai macam semput plak nak menaip pg ni...malam td tido lwt pastu pg ni awal lak bgn..tido pun asyik terjaga jer (macam baby plak yer tido2 ayam gtu heheh)2,3 ari ni emosi kurang stabil la hahaha...nak kuar jenjalan pun xde mood..en asben pun asyik sibuk jer..sian nengoknya..pagi2 td dia dapat call dr tempat keja ada problem ngan machine plak...marah betul nampak td..(jenuh la kena menjawab dengan bos besar tuh) kesiannya.......
    Oklah yer...ptg semalam masak ikan bawal emas ni, sblm ni mmg tak pernah beli bawal jenis ni, semalam en asben beli sampai 4 ekor...ermmm boleh tahan jugak,sedap...sbb tak biasa beli ikan ni terkial2 la dok mikir nak masak apa.dok skodeng kat google terjumpa la resepi ni ikan bawal masak kicap....so try la apalg...blh tahan jugak la resepi ni..kredit utk tuan punya resepi, izinkan wan share kat sini plak yer.


    Bahan-bahannya:

    1 ekor ikan bawal sederhana besar 
    (Wan guna ikan bawal emas)

    Perapan
    Garam ditumbuk bersama kunyit, halia dan 1 ulas bawang putih

    Kuah Kicap
    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1 sudu besar serbuk rempah kurma
    1 sudu besar cili giling
    5 sudu besar kicap manis
    1 labu bawang besar
    1 biji cili merah
    1 biji cili hijau
    1 kuntum cauli flower (wan x ltk)
    1 biji tomato
    Minyak masak secukupnya

    Cara-caranya;


    1. Ikan dilumur dengan perapan dan ketepikan.
    2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
    3. Rempah kurma dan cili giling dijadikan pes dengan menambah 2 sudu besar air.
    4. Bawang besar dihiris nipis, cili dipotong serong
    5. Cauli flower di hiris nipis dan tomato di belah 4 - 6.
    6. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan
    7. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali. Tumis bawang tumbuk hingga wangi.
    8. Masukkan pes kurma+cili dan tumis hingga pecah minyak.
    9. Masukkan 1/4 cawan air dan campurkan kicap.
    10. Masukkan semua bahan yg dihiris. Didihkan dan kacau rata.
    11. Tambah garam jika perlu dan masukkan tomato. Gaul rata dan angkat.
    12. Curah kuah kicap atas ikan dan sedia utk dihidang.
    Kredit buat cikngah

    Ayam goreng sos thai

    Assalamualaikum...selamat pagi...

    Selamat memulakan tugas diminggu baru..pasti ramai yang tak ceria setiap kali datangnya ari isnin..hehe...sama la..time wan keja dulu pun nak bangun pegi kerja ari isnin cukup liat..tp kalau dah sampai tempat dapat jumpa kawan2 seronok plak. Pagi ni blh nak bersiaran awal sbb si kecik belum bangun lagi, kena cepat2 la ni kalau nak tepek apa2 kat sini, tak  boleh nak lepak lama2 ni...

    Semalam wan masak ayam goreng dengan sos thai...wallaaaaa weiii mmg sedap dengan rasa pedas dan masamnya tuh...anak2 wan pun suka, ok tak nak membebel lama2 nanti sikecik bgn tak sempat plak.


    Ayam goreng sos thai

    Bahan A:
    350gm paha ayam (dihiris nipis)
    3 sudu besar tepung tempura
    (wan gantikan serbuk kari ayam/dgg sbb tpg tempura xde)
    1/4 sudu kecil garam
    1/2 sudu kecil serbuk perasa
    1/4 sudu kecil lada sulah

    Bahan B:
    1/2 biji bawang besar (dipotong)
    daun bawang (dipotong)
    5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
    1 biji cili merah (dihiris)
    10 biji cili padi (xnak pedas blh kurangkan)
    1 sudu besar jus mangga
    5 sudu besar sos thai

    Cara2 membuatnya:
    1)Perap ayam dengan bahan A selama 10 minit, kemudian goreng sehingga warna kekuningan.
    2)Gaulkan bahan B sehingga sebati dan hiaskan di atas ayam yang telah digoreng tadi.





    Roti goreng sosej

    Assalamualaikum w.b.t

    Selamat pagi...adehhh...org dok tengah best dibuai mimpi...awak dok on9 lagi yer...huhu. Banyaknya n3 yang tertangguh gara2 tenet wat hal 2,3 ari ni. So pg ni wan nak letak la n3 roti gioreng sosej ni. Dah byk ari dah masak ni time bekpes ngan anak2, so wan nak share la kat sini...simple jer tp kids mmg suka la makan ni, rangup jer tergigit bread crumbs tu. Bukan setakat kids jer...kita org tua pun ralik jugak dapat kunyah ni hehe.

    Gambarnya kurang menarik...along yg snap ni....dah tak sabar nak makan katanya....

    Roti goreng sosej
     Bahan2:
    6 keping roti sandwich
    6 batang sosej
    2 biji telor
    Breadcrumbs
    Minyak (biar terendam semasa menggoreng)

    Cara2:
    1)Gelek roti dgn penggelek sehingga nipis
    2)Celup sosej dalam telor, letak atas roti dan gulung dengan kemas
    3)Kemudian celupkan pula roti yang telah digulung bersama sosej tadi kedalam telor, dan golekkan pula roti diatas breadcrumbs.
    4)Goreng dengan api sederhana hingga perang
    5)Hidang dengan sos cili atau mayonis


    Friday, 16 December 2011

    Janin yang berumur 15 minggu hidup didunia




    Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

    Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

    Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.












    Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?


    Sumber dari mamalove

    Wednesday, 14 December 2011

    Bahaya ’Badi’ Melawat Pesakit di Hospital bagi Anak Kecil


     Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti ”meraikan” pesakit.

    Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya khabar berbual-bual sesama sendiri. Kadang-kala dengar juga gelak ketawa mereka mungkin cuba menceriakan suasana. Anak-anak kecil pula lari berkejar-kejaran, sudah tidak diperduli oleh ibubapa. Antara mereka ada yang terjatuh di lantai dan menangis pula. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri.

    Adab melawat pesakit yang dilupakan

    Apa yang saya ceritakan ini adalah suatu gambaran biasa yang kita lihat di hospital pada waktu lawatan pesakit. Saya percaya banyak perkara yang perlu diperbetulkan.

    Saya faham pelawat mungkin datang dari jauh. Kesempatan ini tentu digunakan oleh pelawat untuk bertanya khabar tentang keadaan pesakit. Namun berada di sisi pesakit sepanjang waktu lawatan tentu saja memberikan impak psychology dan perubatan kepada pesakit dan waris yang menjaganya.

    Pelawat seharusnya tidak menggunakan sepenuhnya masa lawatan itu (sepanjang 530pm-730pm sebagai contoh) untuk tinggal bersama pesakit, jika keadaan tidak sesuai.

    Saya juga beranggapan bahawa tinggal lama bersama pesakit di hospital mendatangkan bahaya dari segi perubatan dan juga menyalahi adab dalam melawat pesakit.

    Saya pernah membaca suatu riwayat dari Ibn Abbas, katanya:

    ”Antara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi ialah memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising ketika melawat orang sakit.”

    Ada satu riwayat dari sahabat iaitu daripada Jabir, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

    ”Cara melawat orang sakit yang lebih afdal pahalanya ialah segera meninggalkan orang sakit itu.”

    Dalam melawat pesakit, Rasulullah s.a.w menekankan kepentingan memberikan suasana tenang kepada pesakit. Sememangnya ia adalah suatu aspek yang kurang diberikan perhatian oleh para pelawat. Lawatan kepada pesakit yang seharusnya menjadi motivasi kepada pesakit agar dia cepat sembuh dengan memberikan pesakit harapan dan doa untuknya. Semua ini perlu dilakukan dalam ketenangan.

    Jangkitan kuman di hospital atau badi?

    Perlukah kita membawa anak-anak kecil melawat pesakit? Baru-baru ini seorang rakan membawa anaknya berjumpa saya. Sudah masuk kali ketiga beliau pergi ke klinik mendapatkan rawatan bagi luka di lutut anaknya.

    Saya cuba bertanya bagaimana terjadinya luka. Seingat beliau, setelah balik dari melawat bapanya yang terlantar di hospital, anaknya ada mengadu ada luka lelasan (abrasion wound) pada lutut di kirinya akibat terjatuh di lantai wad. Dia telah menyapukan larutan ubat kuning (flavin) ke luka anaknya.

    Setelah dua hari lukanya bertambah teruk dan mula mengeluarkan nanah. Dia segera mendapat rawatan doktor dari klinik berhampiran. Setelah tiga hari makan antibiotik yang diberikan, lukanya tetap tidak kurang.

    Kemudian dia pergi semula ke klinik tersebut. Setelah dicuci lukanya, doktor memberikan antibiotik yang ‘lebih mahal’, seharusnya lebih baik namun anaknya mula mendapat demam.

    Saya memeriksa luka pada lutut anak beliau. Bila saya buka balutan di lututnya, saya mendapati luka anak itu dalam keadaan yang amat teruk.

    Lukanya membusuk. Ini menyebabkan saya mula berfikir tentang kuman yang amat kuat dan resistant pada antibiotik. Ianya bengkak, kemerah-merahan di sekitarnya, dan amat sakit apabila disentuh. Saya segera mengambil swab contoh nanah pada lukanya untuk dihantarkan ke makmal.

    Tujuan penghantaran swab ini untuk dianalisa jenis kuman bakteria yang menjangkiti luka pada lutut anak kawan saya ini dan antibiotik apa yang sensitif untuk membunuhnya.

    Dengan penuh kepayahan akibat si anak yang tidak bekerjasama dan menangis trauma ketakutan, saya mendapati luka itu amat dalam sehingga menampakkan lapisan otot dan tulang tibia dan patella.

    Setelah membalut luka saya mencadangkan agar dibawakan segera ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. Ini berdasarkan anaknya mula mendapat demam, keadaan lukanya amat teruk dan saya merasakan tanpa rawatan yang baik, luka anaknya akan melarat.

    Saya faham rakan saya ini seorang yang amat sibuk dan isterinya juga berkerjaya. Tiga orang anak-anaknya masih lagi kecil. Mujurlah ada seorang pembantu rumah. Jika anaknya itu ditahan di hospital, tentu kehidupan mereka akan menjadi kelam kabut.

    Namun setelah dipujuk , akhirnya beliau setuju. Itu pun setelah saya memberitahu risiko yang bakal menanti. Jika luka semakin teruk, maka ianya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.

    Tiga hari selepas itu, saya mendapat telefon dari microbiologist di makmal bahawa kebanyakan antibiotik tidak berkesan untuk membunuh kuman pada luka di lutut anak kawan saya.

    Setelah dua hari, saya menerima satu fax dari makmal yang sama, bahawa kuman yang terdapat pada lukanya disahkan sebagai methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA).

    Saya amat terkejut membaca laporan itu kerana setahu saya kuman yang sangat aggresif ini jarang berada di persekitaran. Ia hanya terdapat di hospital. Apakah anak kawan saya mendapat kuman itu dari hospital ketika ibu bapanya melawat datuknya yang sedang sakit?

    Saya cuba menyusun logika urutan peristiwa. Kanak-kanak itu mungkin berlari di sekitar wad dan terjatuh. Ia mengalami luka kecil dilutut. Rakan saya tidak menyedari hal ini. Apabila pulang ke rumah, kuman telah mula memasuki tisu yang lebih dalam.

    Rakan saya hanya menyapukan ubat sapu flavin yang bertindak sebagai antiseptik. Malangnya ia tidak membantu membunuh kuman. Selepas itu dia membawa ke klinik dan itulah seterusnya yang berlaku.

    Cross infection jangkitan kuman berlaku di hospital

    Situasi sebegini sering dielakkan daripada berlaku ketika berada di hospital. Ia dinamakan cross infection. Bukan setakat pelawat, tetapi semua staf hospital yang bekerja, termasuk juga doktor dan jururawat adalah golongan yang berisiko untuk mendapat jangkitan kuman secara tidak sengaja ini.

    Malah pesakit juga menghadapi risiko yang sama. Katakan dia dimasukkan ke hospital akibat masalah dalam perut dan perlukan pembedahan, tetapi setelah 10 hari di hospital, dia mengalami pneumonia pula akibat jangkitan kuman dari pesakit lain.

    Cross infection adalah perpindahan kuman bacteria dari seseorang ke seorang yang lain, atau bahagian tubuh seseorang ke bahagian tubuh yang lain contohnya perpindahan kuman dari tangan ke mata.

    Ia berlaku di mana-mana institusi kesihatan dan ianya melibatkan kuman-kuman bakteria yang merbahaya ialah methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), Pseudomonas aeruginosa dan Clostridium difficile.

    Ia boleh berlaku pada sistem ventilasi, atau peralatan yang dianggap bersih seperti cadar tilam. Ini bermakna sistem ventilasi menyalurkan udara yang dijangkiti kuman, antara kuman yang ditakuti ialah Legionella pneumophila yang menyerang paru-paru staf hospital, pesakit atau pelawat yang berada di kawasan itu. Ia adalah kuman yang sukar dibunuh dengan antibiotik.

    Selain dari bakteria, cross infections juga boleh disebabkan oleh virus, fungus, atau parasit yang mungkin memang sedia ada pada anggota pesakit atau datang dari persekitaran hospital yang tidak bersih, kakitangan hospital, pelawat atau pesakit yang lain.

    Tidak hairanlah jika seseorang yang menjalani pembedahan, mengalami jangkitan kuman di tempat pembedahannya akibat jangkitan kuman ini. Mulanya ia akan menunjukkan kawasan yang merah, hangat dan sakit. Tidak lama kemudian ia menghasilkan nanah.

    Jika kuman memasuki saluran darah, ia menyebabkan jangkitan kuman ke seluruh badan. Ia menyebabkan tekanan darah rendah, demam yang kuat, dan kadang kala kekeliruan minda. Pemeriksaan darah akan menunjukkan pesakit mengalami leucocytosis, iaitu sel darah putih yang banyak dalam tubuh.

    Selalunya jangkitan kuman di hospital mudah berlaku pada orang yang mengalami tekanan mental, kurang zat makanan dan mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes atau penyakit kanser. Kanak-kanak juga antara golongan yang mudah dijangkiti.

    Nasihat saya bagi mereka yang ingin melawat pesakit di hospital, pastikan saudara sihat, tidak tinggal terlalu lama di sana atau membawa anak-anak yang belum mengerti apa-apa. Cukuplah menyatakan keprihatinan kita pada pesakit, memberikannya semangat dan motivasi dan mendoakannya agar cepat sembuh.

    Sumber dari blog drzubaidi


    Monday, 12 December 2011

    Tawakal selepas usaha



    “SAYA dah berusaha kumpul duit untuk sampai ke Makkah ni, harapnya sihatlah sampai pulang ke Malaysia nanti, tawakal aje la...”. Itu salah satu dialog yang tiba-tiba terkeluar apabila saya berbual dengan seorang jemaah haji di Tanah Suci baru-baru ini.
    Namun pada masa sama, dia mempersoalkan tindakan saya yang memakai topeng hidung dan mulut bagi mengelak dimasuki debu. Baginya, saya tidak sepatutnya terlalu berlebihan dalam menjaga kesihatan kerana Allah yang sebenarnya memelihara kesihatan kita di Tanah Suci ini.

    Secara tidak langsung, ia membawa maksud bahawa Allah akan memberi kesihatan kepada mereka yang sampai ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Justeru, kita hanya perlu bertawakal kepada Allah.
    Dalam Islam, tawakal bermaksud berserah diri kepada Allah dan berpegang teguh kepada-Nya dalam perkara wajib sebagaimana perintah Allah SWT di dalam surah al-Imran ayat 122 yang bermaksud: “Kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal (menyerah diri).” Definisi tawakal menurut kacamata ulama tersohor dunia, Prof Dr Yusuf Al-Qardawi pula ialah, apabila seorang manusia menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha. Kemudian dia menyerahkan hasilnya kepada Allah.

    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, ada seorang Arab Badawi yang datang ke masjid dan meninggalkan untanya tanpa diikat. Kemudian dia terus masuk ke masjid dan menganggap tindakannya itu sebagai tawakal kepada Allah.

    Rasulullah yang melihat kejadian berkenaan segera datang kepadanya dan bersabda: “Ikatlah unta itu dan bertawakallah kepada Allah.” Salah faham mengenai konsep tawakal ini dapat dilihat dalam lapisan masyarakat pada hari ini. Malah, saya juga secara tidak sedar pernah menyalah erti maksud tawakal itu sendiri.

    Sewaktu menuntut di universiti, saya pernah kehilangan komputer riba yang diletakkan di dalam masjid. Ketika berkejar untuk solat berjemaah, saya letakkan beg galas yang mengandungi komputer riba berkenaan di tepi dinding masjid dan terus masuk ke dalam saf. Sangkaan saya tentulah tiada orang yang berniat jahat untuk mengambil komputer riba itu di rumah Allah ini, tambahan pula ia disimpan di dalam beg biasa.

    Tetapi, selesai solat, saya lihat beg itu sudah tiada di tempatnya dan mula menggelabah mencari di sekitar masjid. Baru saya sedar bahawa pencuri tidak memilih tempat untuk mencuri.
    Itulah salah satu contoh salah faham mengenai konsep tawakal. Seharusnya saya berikhtiar dengan meletakkan beg itu di hadapan saya ketika solat dan kemudian baru bertawakal. Samalah juga seperti senario jemaah haji yang menegur saya memakai topeng penghalang debu di atas.

    Apa akan jadi sekiranya kita ditakdirkan tidak sihat untuk melakukan ibadah di Tanah Suci ini sedangkan peluang untuk berada di Tanah Suci ini adalah sesuatu yang amat istimewa. Pastinya, jika terlantar sakit dan hanya mampu berehat di kamar hotel, si fulan ini mungkin akan berkata pula; ”Nak buat macam mana, Allah tak izinkan aku untuk beribadah.” Secara tidak langsung, kita meletakkan beban kesalahan itu kepada Allah iaitu secara tidak sedar Allah yang memberinya sakit, justeru Allah seharusnya dipersalahkan. Kerana itu sebagai manusia yang diberikan akal, kita perlu berikhtiar. Tawakal bukan bermaksud menyerahkan diri kepada Allah secara pasif, sebaliknya tawakal kepada Allah menuntut kepada daya usaha dan ikhtiar. Tawakal juga hendaklah seiring dengan usaha.

    Dengan erti kata lain, tawakal perlu ada dalam setiap keadaan sama ada sebelum atau selepas berusaha dan kemudian barulah tawakal itu menepati apa yang dimaksudkan oleh Islam.

    Kita ambil contoh konsep tawakal dalam berniaga pula. Katakan seorang peniaga makanan itu berusaha mengumpul modal membuka restoran, mempelajari pelbagai resipi masakan, membeli perkakas dapur dan akhirnya berjaya membuka restoran.

    Tetapi, malangnya masih tiada pelanggan yang berkunjung ke restorannya dan akibat terlalu kecewa, dia menyalahkan takdir dengan berkata: “Dah macam-macam aku buat, penat aku berusaha nak buka restoran ni, tapi Allah tak buka pintu rezeki untuk aku berniaga. Aku sememangnya tiada bakat untuk berniaga.” Masalahnya di sini, adakah cukup dengan hanya membuat persiapan untuk membuka restoran saja? Bagaimana pula dengan usaha untuk memasarkan produk yang disediakan oleh restoran berkenaan.

    Sepatutnya peniaga ini perlu belajar pula mengenai teknik yang betul untuk memperkenalkan restorannya dengan membuat pelbagai promosi untuk menarik orang ramai. Untuk mempelajarinya, peniaga itu seharusnya mengambil ikhtiar dengan belajar daripada seorang yang pakar.

    Saya tertarik untuk berkongsi kisah antara Imam Abu Hanifah dan seorang lelaki yang terkenal dengan sikap malas. Suatu hari, sewaktu Imam Abu Hanifah berjalan melintasi rumah seorang miskin, dia terdengar keluhan lelaki itu: “Aduhai, alangkah malang nasib ini, tiada yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini, sejak pagi tiada seorang pun yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.” Imam Abu Hanifah yang mendengar keluhan itu kemudiannya mencampakkan bungkusan kecil yang mengandungi wang. Namun keesokannya, Imam Abu Hanifah sekali lagi melintasi rumah si miskin itu dan terdengarlah pula keluhannya: “Ya Allah Yang Maha Belas Kasihan, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti semalam, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika tidak Tuhan beri, akan lebih sengsaralah hidupku.” Sekali lagi Imam Abu Hanifah mencampakkan bungkusan yang mengandungi wang, tetapi kali ini dengan nota: “Hai sahabat, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak reda Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. “Jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak sepatutnya duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. “Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan memenuhi doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedaya mungkin dengan pertolongan Allah. Insya-Allah, kamu akan dapat memiliki pekerjaan selama kamu tidak berputus asa.” Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tawakal. Sesuatu yang perlu kita muhasabah selalu, adakah sudah cukup dengan ikhtiar dan usaha yang kita lakukan untuk sesuatu perkara mahupun atas sesuatu yang menimpa diri kita? Atau adakah kita termasuk dalam golongan orang yang menyalahkan Allah dan takdir secara tidak sedar. Renung-renungkanlah.

    Amal Semangat Hijrah




    TANGAL 17 November lalu, saya bersama beberapa rakan jemaah haji diizinkan Allah mendaki Jabal Thur di Kota Makkah.
    Berdasarkan sejarah, bukit itu turut tersenarai sebagai kawasan penting dalam kalendar Hijrah umat Islam kerana di sini antara tempat bermulanya kisah hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Kota Madinah.

    Bukit itu menjadi tempat Rasulullah SAW menyembunyikan diri bersama Saidina Abu Bakar ketika menghadapi ancaman bunuh puak kafir Kuraisy.
    Keadaan pada waktu itu dikatakan sangat genting berikutan ancaman mereka sehingga terdetik perasaan gementar dan sedih di hati Saidina Abu Bakar.

    Kemudian, lantaran keadaan pada waktu itu, turun wahyu daripada Allah melalui ayat 40 surah at-Taubah untuk menenangkan Saidina Abu Bakar yang bermaksud: “...Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita...” Sepanjang tempoh persembunyian itu, bukit ini juga menjadi saksi pengorbanan Saidina Abu Bakar yang disengat binatang berbisa hanya kerana mahu melindungi Rasulullah.

    Begitulah hebatnya ujian yang terpaksa ditempuh Rasulullah SAW dan sahabat demi memartabatkan Islam di muka bumi Allah ini.

    Walaupun mendaki Jabal Thur tidak tersenarai sebagai ibadah khusus atau amalan sunat yang digalakkan, bagi mereka yang berkeupayaan, pengalaman itu sesuatu yang berharga.

    Malah, sewaktu mendaki, saya berasa sangat bertuah kerana bersempena Maal Hijrah yang disambut hari ini, saya berkesempatan menziarahi antara tempat penting dalam peristiwa Hijrah Rasulullah.
    Saban tahun, apabila bermulanya takwim baru dalam kalendar Islam, kita pasti dengar ramai orang sibuk bercerita mengenai hijrah.

    Pelbagai definisi hijrah diberi mengikut idea masing- masing yang disesuaikan dengan peredaran zaman.

    Ketika inilah kisah hijrah Rasulullah disingkap kembali dengan penuh semangat dan berkobar-kobar. Namun sangat malang, kerana selepas dua atau tiga hari, semangat ini hilang dan berlalu begitu saja.

    Inilah realiti yang berlaku dalam dunia serba canggih hari ini. Semuanya disambut secara bermusim, tidak ubah seperti pepatah Melayu, ‘hangat-hangat tahi ayam’.

    Tidak keterlaluan jika dikatakan sambutan ini lebih daripada sekadar adat. Namun, pada pandangan saya, lebih elok jika kita dapat menerapkan dalam diri kita semangat hijrah ketika menyambut Maal Hijrah supaya tidak luntur begitu saja.

    Namun, tidak bermakna saya terlalu ‘sarkastik’ dalam sambutan Maal Hijrah kerana saya cuba mengetengahkan semangat hijrah Rasulullah SAW daripada sudut berbeza.

    Jika dilihat maksud hijrah itu sendiri, secara literalnya merujuk kepada peristiwa perpindahan Nabi SAW dan kaum Muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah dalam usaha baginda meluaskan empayar dakwah Islam.

    Tiada lagi hijrah selepas peristiwa ini, sesuai dengan hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah) tetapi yang ada hanya jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjuang, segeralah menyahutnya.” Jika diteliti kepada bahagian pertama hadis di atas, jelas tiada lagi ‘hijrah’ bagi umat Islam selepas pembukaan kota Makkah.

    Namun, Rasulullah memperluaskan maksud dan konsep hijrah pada bahagian kedua dengan menyatakan, niat dan kesediaan berjihad untuk Islam juga dianggap satu cabang hijrah.

    Namun, malang bagi umat Islam hari ini yang dimomokkan oleh propaganda musuh Islam mengenai konsep jihad di dalam Islam. Jihad lebih digambarkan sebagai sesuatu perlakuan ganas oleh mereka yang digelar pengganas.

    Lebih malang lagi, ramai di kalangan umat Islam hari ini ‘termakan’ dengan propaganda jahat ini, lantas menggambarkan betapa kejamnya agama Islam itu.

    Namun, siapa patut dipersalahkan kerana sememangnya wujud kumpulan yang terlalu ekstrem. Mereka sebenarnya kurang faham mengenai kesyumulan (kesempurnaan) agama Islam dalam aspek kehidupan, lantas menjalankan kegiatan yang mengancam keselamatan orang lain.

    Saya ingin membawa pembaca melihat maksud hijrah, jihad dan niat daripada kaca mata berbeza. Hijrah secara dasarnya membawa maksud lebih besar daripada sekadar ‘perpindahan’ kerana perkataan hijrah itu mempunyai maksud tersendiri.

    Hijrah lebih menjurus kepada perkara membabitkan kebaikan. Justeru ini, mereka yang berubah kepada sesuatu yang lebih disukai Allah juga termasuk kategori hijrah.

    Saya tertarik dengan perkembangan semasa industri hiburan tanah air apabila ramai artis wanita mula menjinakkan diri dengan mengenakan hijab (tudung) sebagai pakaian mereka.

    Bagi saya, ia perkara sangat positif dan menggembirakan kerana mereka adalah ikon kepada remaja di negara kita. Cuma masalahnya, ada segelintir masyarakat kita yang selalu sinis dengan ‘hijrah’ yang dibawa oleh mereka.

    Ada saja kesalahan dicari. Bermula dengan mempersoalkan keikhlasan ‘penghijrahan’ berkenaan hinggalah mempersoalkan gaya tudung mereka.

    Islam itu mudah, tidak sekali-kali menyusahkan umatnya. Namun, bukan bermaksud kita boleh sesuka hati mempermudahkan segala-galanya.

    Berilah mereka peluang dan biarkan mereka berubah perlahan-lahan. Jangan sekali-kali memberi persepsi bahawa Islam itu terlalu keras.

    Kemahuan untuk berhijab itu sendiri adalah usaha mereka mencari hidayah Allah.

    Penghijrahan mereka juga boleh dikategorikan sebagai ‘jihad kecil’ dengan mengambil kira faktor mereka melawan hawa nafsu. Bukan mudah untuk meninggalkan cara pemakaian yang sebati dengan jiwa mereka.

    Apatah lagi kesediaan golongan ini untuk menghadapi pelbagai respons oleh masyarakat di luar. Rasulullah SAW bersabda melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, bermaksud: “Orang yang berjihad adalah orang yang melawan hawa nafsunya.” Kadangkala, apa yang kita anggap betul tidak semestinya benar.

    Ia mungkin dapat dijelaskan melalui peristiwa di dalam hadis daripada Abdullah bin Mas’ud, di mana beliau berkata: “Aku mendengar seorang lelaki membaca 10 ayat al-Quran tetapi qiraat (bacaan) orang itu berbeza daripada qiraat yang pernah aku dengar daripada Rasulullah SAW.

    “Lalu aku khabarkan hal itu kepada Rasulullah dan aku melihat kebencian pada wajah baginda dan baginda seraya bersabda: “Kedua- duanya adalah baik. Janganlah kalian berselisih.” (Riwayat Bukhari) Jika difahami maksud hadis di atas, perselisihan sebenarnya berlaku pada hal membabitkan qiraat (bacaan) dan bukan menyentuh hukum-hakam yang merubah struktur asal ayat al-Quran. Perbezaan lebih menjurus kepada penduduk di sesuatu tempat yang sukar merubah loghat mereka ketika membaca al-Quran.

    Sama juga dengan situasi diceritakan di atas kerana isu utama yang dibicarakan lebih menyentuh kepada soal cara pemakaian hijab itu.

    Namun secara peribadinya, saya juga tidak bersetuju jika fesyen dikenakan berlebih-lebihan sehingga merosakkan imej Islam, seperti mengenakan hijab dengan pakaian ketat. Maka, berpada-padalah ketika berfesyen.

    Berbalik kepada hijrah, ia sebenarnya mempunyai terlalu banyak cabangnya untuk dikupas dengan lebih mendalam. Namun yang penting, ambillah semangat hijrah itu untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian.

    Sentiasalah berusaha mencari hidayah Allah. Barulah Allah membukakan jalan untuk kita ‘berhijrah’.

    Sunday, 11 December 2011

    Cucur Topi

    Assalamualaikum....
    Selamat berhari minggu semua, pegi jalan2 kemana semua ari ni...wan tak de kemana2 la sementara Along dalam tempoh berpantang ni...alahai...nak ikutkan rasa boring sangat, nak plak anak2 yang lain dok merengek ajak berjalan la, pergi mancing la, mandi kolam la....macam2. Tapi nak buat macam mana....kena la tunggu elok dulu nak kemana2 pun. Abahnya pun cuti kerja 4 ari, dok terperuk kat umah je la.

    Pagi tadi masak cucur topi lagi...buat satu adunan je sbb kehabisan stok tepung gandum haha...sebelum ni tak pernah kehabisan stok gandum, ade je stok kat dalam laci kabinet dapur tu...ermmm...nampak sangat cuti sekolah ni kuat makan gandum ehehe...ye la asyik mencucur...melempeng je kerjanya hehe...so ari ni tugas abah la pegi beli stok gandum lg...sbb anak2 dah bising tak puas makan cucur topi td, dapat 2 keping sorang je...kesian...


    Resepi ni wan skodeng kat myresepi...lupa plak nama tuan punya resepi ni...apapun tq yer..anak2 suka layan cucur topi ni...ingatkan feberet org2 lama je..ingat masa wan kecik2 dulu ni la kuih peberet wan makan sebelum pegi sekolah...ok la wan share kat sini yer...

    Cucur Topi
    Rujukan :Myresepi

    Bahan-bahan:
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan tepung beras
    5 sudu besar gula
    2 sudu (KFC) garam
    1 cawan air

    Cara-cara:
    Campurkan kesemua bahan2, kemudian kacau dengan whisk sehingga gula hancur. Perapkan semalaman.  Kemudian boleh la goreng.....

    Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.


    Khairul…menunjukkan tanda bagus untuk produk Espresso XY

    JITRA, 11 Mac (HPM)- “Selepas satu jam saya minum,saya merasakan seolah-olah diri saya diberi satu suntikan semangat yang baru yang belum pernah saya perolehi sebelum ini,”kata pelajar yang sedang mengikuti jurusan Kejuruteraan Elektrikal Robotik di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Batu Pahat,Johor.
    Pelajar tahun akhir,Khairul Bahari,24 menyatakan yang beliau perlu melipatgandakan usaha beliau untuk semester ini bagi mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang baik.
    Lambakan tugasan dan jadual kelas yang padat mengakibatkan badannya kini mudah berasa letih dan dirinya juga diarasakan tidak bermaya serta  mudah lesu.Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan emosinya ketika beliau ingin melakukan ulangkaji pada waktu malam.
    “Perkara itu kadangkala menyebabkan ‘pointer’ saya kurang memberangsangkan dan ianya juga menjadi bebanan kepada saya megembalikan semula prestasi saya seperti dahulu.
    “Sehinggalah pada satu hari ketika saya sedang mengemaskinikan blog ,saya terbaca satu artikel dari seorang pengguna Espresso XY yang menyatakan bahawa produk ini bagus menambahkan tenaga khasnya untuk kaum lelaki.”katanya.
    Tanpa berlengah lagi,beliau terus berjumpa dengan pengedar dan mendapatkan satu kotak produk Espresso XY sebagai percubaan pertama bagi dirinya.
    Pada hari pertama mencubanya beiau terus dapat merasakan kelainan terhadap tenaga yang dikeluarkan oleh dirinya.
    “Saya sudah kembali bersemangat dan bertenaga untuk menjalankan kerja dan saya juga kurang mengantuk.Saya amat berpuas hati terhadap keberkesanan produk ini sejak hari pertama saya mencubanya,”ujarnya ketika mula menggunakan produk ini di awal bulan Ramadhan yang lalu.
    “Walaupun sebenarnya pruduk ini lebih sesuai untuk digunakan oleh orang yang sudah berumahtangga,namun tidak menjadi satu kesalahan bagi orang yang masih bujang seperti saya untuk mencubanya,”ulasnya lagi

    Warga Emas Kembali Ceria Bersama Doc-K

    JITRA, 12 Mac,(HPM)-Jika dahulu warga emas ini kerap kali mengalami demam dan kesejukan di bahagian kakinya,namun kini beliau tampil ceria dan sihat setelah mencuba produk keluaran Herba Prima Marketing (HPM) iaitu DOC-K.
    Abdul Rashid Mamat, 64, dari Grik, Perak mengakui sendiri keberkesanan produk Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din selepas menghabiskan empat kotak DOC-K.
    Katanya sebelum menggunakan DOC-K, beliau seringkali mengalami demam dan merasa sejuk pada bahagian kaki disamping tidak mempunyai selera untuk makan.
    Beliau yang hanya bekerja sebagai penoreh getah dan pekebun mengalami kesukaran apabila keadaan kesihatannya itu manjadi penghalang utama untuk dirinya keluar mencari pendapatan bagi menyara kehidupan dia dan isterinya.
    “Pakcik seringkali demam dan tidak berselera untuk makan.Kaki pakcik juga selalu kebas sehingga mengganggu kerja harian pakcik,”katanya.
    Namun semua itu berubah sebaik sahaja beliau menghabiskan empat kotak DOC-K. Menurutnya lagi, kesan daripada pengambilan produk itu amat menakjubkan.
    “Kini pakcik merasa diri pakcik sihat dan tidak demam lagi.Kaki pun dah tak rasa kebas lagi.Makan pun dah bertambah selera,”ujarnya.
    Beliau kini sedang menggunakan kotak DOC-K yang kelima dan berharap agar dirinya akan kekal sihat.
    “Oleh itu pakcik dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan mendekat diri kepada-Nya di usia yang semakin senja ini,” kata beliau.

    Kehebatan Doc-K

    Jitra, 27 May (HPM) – Kegembiraan seorg insan terpacar di wajahnya. Mahu tidaknya setelah hampir 5 tahun menderita sakit lutut di mana 2 tahun kebelakangan ini makin ketara seakan dah berputus asa untuk berubat. Di mana ada orang memberitahu beliau jika terdapat ubat yang mampu menyembuh sakit beliau, mesti dibelinya dan dicubanya tetapi tetap sama. Paling yang dirisaukan oleh Puan Marziah Mamat ialah solatnya yang tak sempurna gara-gara masalah sendi yang dihidapi.
    Terpaksa beliau bersembahyang dalam keadaan duduk, berjalan jauh juga tak boleh apatah lagi naik tangga bangunan yang tinggi. Azab yang paling ketara adalah ketika nak buang air besar di mana beliau tidak dapat nak bercankung. Namun segalanya telah berakhir hanya dengan sekotak doc k katanya. Beliau amat bersyukur dan berterima kasih pada DDR kerana dia mampu bergerak seperti insan biasa dan yang paling mengembirakannya beliau adalah sudah boleh bersolat seperti biasa.
    Kepada pesakit-pesakit terutamanya warga emas yang mengalami kesukaran untuk bergerak gara-gara masalah sendi atau saraf yang menghantui selama ini, produk Doc K lah jalan penyelesaian yang terbaik. Kini terbukti produk ini mampu memulihkan masalah berkaitan sendi, urat dan saraf dengan jayanya.
    Menurut Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) formulasi hebat  Doc-K adalah penawar bagi golongan masyarakat yang menghadapi masalah sakit sendi di Malaysia untuk menghilangkan penderitaan  yang dihadapi oleh mereka sekaligus membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan mereka.
    “Formulasi yang telah dihasilkan di dalam Doc-K mengandungi ramuan seperti Marine Collagen untuk mempercepatkan pembentukan dan membaiki rawan sendi yang rosak,” katanya.
    Presiden dR Group itu berkata lagi, vitamin C yang juga terkandung di dalam ramuan itu adalah bertujuan membantu memulihkan rawan sendi yang rosak.
    “Selain itu, ianya juga mempercepatkan kesan tindak balas celery serta collagen dalam pembentukan rawan sendi, manakala serbuk halia pula berfungsi membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan setempat.
    “Jadi dengan keajaiban kandungan Doc-K mereka dapat melakukan aktiviti yang dirancang dan tahap kesihatan mereka akan meningkat,” ujarnya lagi ketika sesi temubual bersama beliau.
    Tambahnya lagi, formulasi produk keluaran dRG menepati citarasa kehendak metabolisme badan mereka tertutamanya golongan wrga emas.