Sunday, 11 December 2011

3 Bulan Turun 50kg

JITRA, 13 Mac (HPM) – Menghidapi penyakit ‘Abdominal Cellulitis’ atau selulit pada perut dan ‘Habbit Obesity’ atau lebih dikenali sebagai kegemukan habit sejak 2004 membuatkan Maizawati Md Shah bertambah gemuk.
Menurut Maizawati atau lebih dikenali sebagai Bai, ketika kecil dahulu beliau cukup comel dan memiliki kulit yang putih gebu sehinggalah meningkat dewasa, berat badan beliau masih lagi ‘maintain’.
Sejak menghidapi penyakit berkenaan, berat baan beliau semakin bertambah terutamanya apabila beliau tidak mengambil sebarang makanan.
“Rasa sedih sangat dengan keadaan diri saya ketika itu kerana hendak kata saya makan banyak, tidak juga memandangkan saya bukan seorang yang jenis kuat makan.
“Oleh kerana perut saya makin membesar setiap hari, timbul urat-urat sebesar jari kelingking di atas perut. Menyedihkan lagi, kulit kaki saya menjadi kehitaman dan kelihatan sangat hodoh,” katanya.
Beliau yang memiliki berat sebanyak 208 kilogram (kg) mendapatkan rawatan di Hospitial Sungai Buloh, Selangor untuk mengurangkan berat badannya yang semakin membesar setiap hari dan beliau berjaya mengurangkan berat badan kepada 178 kg.
Kemudian, beliau membuat rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi menjalani pembedahan ‘laparoscopic gastric bypass’ iaitu bagi mengikat perutnya untuk memendekkan usus makanannya dan beliau hanya berjaya mengurangkan sebanyak 20 kg sahaja.
Selepas itu, beliau berjaya menemui penawar kepada masalah obesitinya dengan mencuba produk Herba Prima Marketing (HPM), Jus Mate 5 (JM5) tahun lalu.
Beliau kini kelihatan lebih kurus berbanding dahulu dan kelihatan lebih cantik serta kulit wajahnya semakin berseri selepas mengamalkan minum JM5 setiap hari.
“Jika dahulu ukur lilit pinggang saya ialah 75 inci, kini hanya tinggal 46 inci sahaja. Lebih menggembirakan, berat saya sekarang ialah 108 kg dan saya amat bersyukur dengan perubahan yang saya alami sekarang ini,” ujarnya gembira.
Dalam hanya tempoh tiga bulan mencuba JM5, beliau berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 50 kg dan kini beliau masih lagi meneruskan proses untuk mengurangkan berat badannya lagi.

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)