Sunday, 11 December 2011

4 Kotak JM5 Turun 20Kg

JITRA, 15 April (HPM) – Dalam tempoh hanya dua bulan setengah, Sarina Zain, berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas menggunakan produk keluaran Herba Prima Marketing (HPM), Jus Mate 5 (JM5).
Sebelum menggunakan JM5, beliau memiliki berat badan sebanyak 84 kg dan berhasrat ingin mengurangkan berat badan untuk mendapatkan berat badan yang bersesuaian dengan Body Mass Index (BMI) beliau.
Sarina atau lebih dikenali sebagai Renz, tertarik untuk mencuba JM5 selepas melihat produk HPM ini diiklankan di akhbar Harian Metro.
“Saya menggunakan JM5 sejak Januari lalu dan amat menggembirakan apabila hasil yang diperolehi sangat memuaskan serta berkesan selepas menggunakan empat kotak JM5,” ujarnya.
Beliau yang bertugas sebagai Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Ipoh, mendapatkan khidmat nasihat diet daripada ‘upline’ nya, Rohanita Sembok.
Pada awal penggunaan JM5, beliau mengambil JM5 dua kali sehari dan mengamalkan makanan yang berkhasiat serta tidak mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
“Saya tidak makan tengahari dan menggantikannya dengan JM5 untuk mendapatkan tenaga dan pada waktu petang pula saya akan makan sebelum pukul 7 malam.
“Ketika berat badan saya mencecah 84kg, saya sering sahaja sakit di kaki, lutut serta tumit dan sekarang tidak lagi malah penyakit asthma saya pun hilang,” katanya ketika dihubungi.
Kini, beliau tidak risau lagi untuk menjamah sebarang makanan kesukaannya kerana berat badan beliau masih lagi ‘maintain’ sehingga sekarang.
Beliau juga amat berpuas hati dengan produk JM5 kerana ramai rakan-rakannya mula menegur akan perubahan bentuk badan yang diperolehinya sekarang.
Tambah Renz lagi, apa yang penting ialah disiplin yang kuat serta sentiasa mematuhi aturan diet yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)