Monday, 19 December 2011

Bawal masak kicap

Assalamualaikum...
Byknya n3 yg tertangguh...xpe la yer slow2 la wan share kat sini..alahai macam semput plak nak menaip pg ni...malam td tido lwt pastu pg ni awal lak bgn..tido pun asyik terjaga jer (macam baby plak yer tido2 ayam gtu heheh)2,3 ari ni emosi kurang stabil la hahaha...nak kuar jenjalan pun xde mood..en asben pun asyik sibuk jer..sian nengoknya..pagi2 td dia dapat call dr tempat keja ada problem ngan machine plak...marah betul nampak td..(jenuh la kena menjawab dengan bos besar tuh) kesiannya.......
Oklah yer...ptg semalam masak ikan bawal emas ni, sblm ni mmg tak pernah beli bawal jenis ni, semalam en asben beli sampai 4 ekor...ermmm boleh tahan jugak,sedap...sbb tak biasa beli ikan ni terkial2 la dok mikir nak masak apa.dok skodeng kat google terjumpa la resepi ni ikan bawal masak kicap....so try la apalg...blh tahan jugak la resepi ni..kredit utk tuan punya resepi, izinkan wan share kat sini plak yer.


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal sederhana besar 
(Wan guna ikan bawal emas)

Perapan
Garam ditumbuk bersama kunyit, halia dan 1 ulas bawang putih

Kuah Kicap
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk rempah kurma
1 sudu besar cili giling
5 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 kuntum cauli flower (wan x ltk)
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya

Cara-caranya;


  1. Ikan dilumur dengan perapan dan ketepikan.
  2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
  3. Rempah kurma dan cili giling dijadikan pes dengan menambah 2 sudu besar air.
  4. Bawang besar dihiris nipis, cili dipotong serong
  5. Cauli flower di hiris nipis dan tomato di belah 4 - 6.
  6. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan
  7. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali. Tumis bawang tumbuk hingga wangi.
  8. Masukkan pes kurma+cili dan tumis hingga pecah minyak.
  9. Masukkan 1/4 cawan air dan campurkan kicap.
  10. Masukkan semua bahan yg dihiris. Didihkan dan kacau rata.
  11. Tambah garam jika perlu dan masukkan tomato. Gaul rata dan angkat.
  12. Curah kuah kicap atas ikan dan sedia utk dihidang.
Kredit buat cikngah

3 comments:

  1. assalamualaikum..
    terima kasih singgah ke blog saya.
    wah lauk mcm ni sedap betul berselera makan. kalau budak2 lagi la suke masak kicap2 ni kan.

    ReplyDelete
  2. Izahdaut...wan mmg selalu dok skodeng dapur izah hehe...wan ni baru nak berjinak2 ngan blog ni..masakan wan pun biasa2 jer...ade bby ssh dan terhad sikit nak masak yg best2.mmg btl kids suka...letak serbuk kurma tu membangkitkan aromanya...cuba la :)

    ReplyDelete
  3. mohon copy sis

    ReplyDelete

takkan baca jer....komen la sikit :)