Sunday, 11 December 2011

Kelihatan Tua Dari Usia Sebenar

JITRA, 9 April (HPM) – Bentuk fizikal yang besar membuatkan Maziah Mohd Naszeri, 25, kelihatan lebih tua dari umur sebenar.
Beliau yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Bangsar, Kuala Lumpur disarankan oleh rakan-rakan untuk mencuba produk keluaran Herba Prima Marketing (HPM), Jus Mate 5 (JM5).
Memandangkan beliau akan mengikat tali pertunangan dengan pilihan hati pada Jun ini, beliau mula mengambil JM5 awal Mac lalu dan masih lagi mengamalkan minum JM5 sehingga ke hari ini.
“Pada awalnya saya tidak memandang serius tentang saranan rakan untuk mencuba JM5 kerana beranggapan tidak akan memberi sebarang kesan dan akhirnya saya nekad untuk mencuba memandangkan hari pertunangan semakin hampir,” katanya.
Beliau juga mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti mengamalkan makan sup sayur, buah-buahan dan minum air kosong sebanyak tiga liter sehari.
“Untuk mendapatkan kesan pengurangan yang cepat, saya tidak menyentuh langsung nasi dan saya mengambil makanan berkhasiat yang lain untuk menggantikan nasi,” katanya yang berasal daripada Perak.
Sebelum mengambil JM5, beliau memiliki berat badan sebanyak 90 kg dan selepas sebulan menggunakannya beliau berjaya menurunkan berat badan sehingga 78 kg.
Maziah mensasarkan untuk mencapai berat sebanyak 45 kg bersesuaian dengan Body Mass Index (BMI) beliau dan banyak mendapat nasihat diet daripada pengedar aktif HPM, Puan Marshita.
“Saya amat berpuas hati dengan produk ini kerana ianya selamat dan berkesan serta langsung tidak mendatangkan sebarang alahan atau kesan sampingan yang lain,” ujarnya.


No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)