Friday, 9 December 2011

Puding Marble

Assalamualaikum w.b.t

Sekali lagi wan nak tepek resepi malam ni, gara2 boring tinggal sorang2, anak2 semua dah tidor, en asben plak meeting JMB dari pukul 8 td lagi. Jadi takde apa nak buat...so nak share la puding marble yang sedap ni...tak puas makan adoiii..wan ni kalau dapat makan puding tak payah makan nasi pun takpe dah..memang peminat tegar puding heheh...

Puding ni wan ambik resepi dengan classmate wan Zeiti Zulhani, tengok Zeiti dok tayang kat fesbuk terus mintak resepi ngan dia, tq Zeiti share resepi ni...memang terangkat puding ni, penyediaannya pun tak susah mana pun.

Puding Marble

By: Zeiti Zulhani

Bahan2:-
10gm agar2 serbuk
21/2 cawan air
1 tin susu cair / susu segar
220gm gula
4 sudu besar tepung kastard
2 biji telor
1 sudu besar mentega
Serbuk koko / choc emulco

Cara2nya:-
Masak agar2 bersama air, gula sehingga mendidih (agar2 hancur). Kemudian masukkan susu cair / susu segar dan tepung kastard yang sudah dibancuh, telor yang telah dipukul. Last sekali masukkan mentega. Bahagikan kepada 2 adunan, adunan biasa dan adunan koko / coklat. Kemudian masukkan kedalam loyang, sejukkan didalam peti sejuk.

Selamat mencuba :D

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)