Friday, 9 December 2011

Putih telor dan madu cantikkan rambut

Assalamualaikum....


Selamat petang semua, dok wat apa tu...kat Bangi hari ni cuaca ceria sungguh, ok la jemur kain ari ni dapat la kering...semalam dapat jemur sekejap je kain kat luar, tak sampai 1 jam dah kena angkat semula sebab hujan lebat beserta dengan angin yang kuat. Seharian hujan tak berenti semalam...


Oklah...tak nak melalut panjang2 la, ptg ni nak share petua untuk cantikkan rambut, petua ni wan dapat kat buku 100 resepi citarasa selebriti...banyak petua2 untuk dikogsikan bersama....jadi wan ambik kesempatan untuk berkongsi pulak dengan dengan pengunjung yang singgah kat blog wan ni.


Ambil putih telor dan campurkan sedikit madu lebah. Gaul sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada rambut. Biarkan dalam 10-15 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan seminggu dua kali. Pasti rambut nampak lebih lembap dan cantik berkilat. Satu lagi petua ambil pati santan dan campurkan ia bersama minyak zaitun. Lumurkan pada rambut selepas bersyampu. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air. Amalkan seminggu dua hingga tiga kali. Insyallah pasti mendapat hasilnya.

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)