Friday, 9 December 2011

Roti Arab

Assalamualaikum.....

Selamat malam blake weihhhh...sedang buat apa tu, takkan dah tidor kot...bab kata orang malam masih muda lagi heheh. Malam ni wan nak tepek entri roti arab by kak puteri manja, memang sedap roti ni, nak plak kalau dicicah dengan kari ayam atau sambal ikan bilis..wallaaa...terangkat wei...xcelly roti ni wat buat masa sarapan pagi, dah lama la buat ni masa anak buah ada kat umah wan ari tu, kalau tak de anak buah memang tak lepas le wan nak buat sendiri bcoz anak kecik wan ni agak dengki sikit kalau nampak wan masuk dapur heheh...mesti dia minta nak dokong. Ok la wan nak share resepinya kat sini, bg yang belum mencuba haruslah mencuba yer...tak rugi tau.
(gambar ni mintak ngan pak google bcoz gambar yg wan punya dah terdelete dlm cybershot huhu)

Roti Arab

By: Kak Puteri Manja

Bahan2:-
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300ml air suam
6 gram yis
500gm tepung gandum
Secubit garam

Cara2 membuatnya:-

1) Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam

2) Tepung digaul dengan yis

3) Kemudian campurkan semua bahan dan uli hingga licin dan kental

4) Perap selama 1 jam dalam beg plastik yang tertutup @ dalam bekas yang tertutup

5) Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji

6) Canai nipis lebih kurang 0.4cm

7) Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu sehingga roti kembung dulu baru terbalikkan

8) Sedap dimakan bersama kari ayam @ sambal ikan bilis

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)