Wednesday, 18 January 2012

Kuzi Ayam

Selamat pagi....
Dah pukul 3.30 pagi dah weihhhh...dah rasa tak ngantuk plak mata ni, sambil2 menunggu suami yang belum balik lagi (settlekan masalah sampah)...kesian...kol 3pg datang ambil sampah..settle jugak akhirnya isu sampah ni..bayangkan...hampir 2 minggu alam flora tak datang ambik sampah ni,mogok.... berlonggok2 tak usah citer la, sampai dah atas jalan dah, Alhamdulillah selesai jugak isu sampah malam ni....kalau tak sakit mata jer dok pandang sampah yang berlonggok2 ni, tak nak pandang pun rumah sebelah jer ngan tong sampah ni hahaha...nak tak nak kena la pandang gak kan...

Oklah...kita tutup bab sampah ni, kita citer plak bab kuzi nih, ni la lauk yang wan makan bersama dengan nasi mentega kismis jumaat ari tu, resepi ambil daripada Chef hanieliza.fotopages, sedap dan ringkas je penyediaannya.

Chef Liza wan cnp kat sini yer untuk rujukan wan masa akan datang...terima kasih atas resepi ni...sedap...
Resepi: Chef hanieliza 
Bahan-bahan:
KUZI AYAM

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.
 

Bagi kawan2 yang tak de rempah kuzi tu boleh try yang ni yer...

BAHAN REMPAH KUZI
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh biji piun
<--sory la wan n chef liza pun tak tahu camner rupa...
1 biji cabai
2 kelopak bunga lawang
1 hiris buah pala
1/2 inci halia putih
<--- ni pun wan dan chef liza x pernah jumpa
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji cili kering
1 inci halia

Cara:
Rempah-rempah yang di atas digoreng tanpa minyak, dimesin kering halus.


Nasi Mentega Kismis

Assalamualaikum....

Alahai...n3 dah berterabur la huhu...kalau dah banyak terkumpul macam ni la..hentam saja la hehe...nasi ni wan masak ari Jumaat last week...penat dok pikir menu..entah macam mana plak terpikir nak masak nasi ni...teringat plak nasi ni kat dapur Mat Gebu, so tak der la nak pikir panjang...terus la masak nasi ni sbb ari jumaat anak2 sekolah balik awal dan nak masuk balik sekolah petang lewat sikit..so boleh la layan makan nasi ni dengan kuzi ayam...
Cik Mat Gebu...sedap la nasi ni...penyediaannya pun simple jer...anak2 suka sangat sampai berpinggan nasi, siap request suruh masak lagi hari minggu ni. So...izinkan wan cnp resepi yer utk simpanan wan kat sini...halalkan yer Cik Mat Gebu....

Resepi:Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. (wan guna beras biasa je..)
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba

Cek Mek

Antara kuih peberet wan ni...ingat masa zaman sekolah2 dulu...musim orang kampung menanam keledek jer boleh dikatakan tiap2 minggu buat kuih cek mek ni...sekarang ni jarang2 sekali jer masak kuih ni...jom kita jenguk resepi kat bawah ni...(malas nak taip...nak berceloteh panjang dah...ngantuk ehehehe)

Bahan2:
  • 500gm keledek (wan guna 4 ketul keledek saiz sederhana)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telor (optional)
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
  1. Rebus keledek dengan sedikit garam hingga empuk.
  2. Buangkan airnya dan lenyek hingga lumat.
  3. Gaulkan dengan tepung gandum.
  4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir kedalamnya.
  5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula tidak terkeluar.
  6. Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas...api kena slow yer....
  7. Angkat kuih dan toskan minyak......

Bawal Masak Kari

Assalamualaikum...
Kari ni dah lama masak..entah macam mana boleh tercicir nak masukkan kat sini..en suami suka sangat kalau makan kari kepala ikan ni, nak plak kalau dimasak dengan kuah yg pekat dan agak pedas sikit...sebab dah tak tahu nak menu aper...so terpikir nak karikan aje bawal ni, kari ni pun masak biasa2 aje..

Bahan2:
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (dihiris @ atau diketuk)
  • 1 paket serbuk kari ikan Adabi
  • sedikit asam jawa @ 1sudu besar pes asam jawa
  • sekotak santan kecik
  • 2 cawan air
  • Bahan perisa dan sedikit gula.
Cara-cara:
  1. Kisar bawang merah, dan bawang putih. Kemudian bancuhkan bahan kisar, halia dan rempah kari dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air, asam jawa, santan, biarkan seketika.
  3. Apabila naik wap masukkan ikan, bahan perisa, sedikit gula jika perlu.

Bawal Masak Sambal Kicap

Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog ni...last week sikecik asyik meragam jer sbb kurang sihat...selsema dan batuk. Sekarang Alhamdulillah selsema dan batuk dah ok but still lagi dok merengek....hmmm...apa yang tak kena pun tak tahu la, mungkin nak tumbuh gigi atau bla...bla...bla..huhu..tak dapat nak kata aper huhu....badan ni dah rasa penat sangat dengan karenah sikecik ni...nak buat kerja umah pun susah, nak tak nak kena buat jugak tapi berdukung je la..Hanya Allah sajalah yang tahu perasaan ni...

Oklah...memandang dah lewat malam...tak nak tulis panjang2 kat sini...terus kita bercerita pasal tajuk n3 ni yer..ikan ni wan masak petang tadi...bawal lagi haha....asyik n3 bawal je..pergi pasar lewat sangat..dah takde ikan lain yang berkenan dihati...semuanya kurang memuaskan...tinggal bawal ni jer yang cantik dipandang..tu pasal la husband sambar ikan ni lagi...dah asyik masak bawal je..tak tahu dah nak wat menu aper lagi...aper yang terlintas dihati je la.


Resepi:Koleksi Cik Wan

Bahan-bahan:
Bahan A:
  • Ikan bawal
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut (dikoyak)
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 5 sudu makan sos cili
  • 5 sudu makan kicap
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • Garam (jika perlu)
Bahan Kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 cawan air
Cara2 membuatnya:
  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dengan serai sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan daun limau purut, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap dan bawang besar yang dipotong bulat.
  4. Masakkan sehingga pecah minyak dan tuangkan keatas ikan yang telah digoreng.

Friday, 13 January 2012

Hadiah buat Along

Assalamualaikum....
Selamat malam....

Balik sekolah agama petang tadi Along semput lagi...alahai siannya anak ibu, lepas mandi dan makan malam terus la makan ubat ventolin dan multivitamin. Lepas insyak nampak macam tak ok je lagi....

Abah keluar nak jumpa kawan katanya...
tok...tok...tok...bunyi orang ketuk pintu, ingatkan saper, rupanya abah balik. Abah bawa balik hadiah untuk Along...yeayyyy...abah beli inhaler untuk Along....seronok la Along dapat inhaler...terus guna dan nampaknya Along boleh tidur dengan selesa hendaknya malam ni..



Thursday, 12 January 2012

Along lelah lagi.....

Assalamualaikum....

Baru  boleh nak jenguk 'koleksi cik wan' lagi...pagi tadi sempat jugak ngadap dan letak 2 n3...pastu dok sibuk melayan sikecik dan selesaikan tugas2 rumah yang tertangguh...

Kesian tengok Along...tak berselera nak makan dek kerana lelah....sejak start sekolah ni kerap betul Along kena lelah. Mana taknya...penat pikul beg berat pun satu hal...kelas pulak untuk sekolah keb kat tingkat atas...terpaksalah kena panjat anak tangga berkali2...kat sek agama pun kelas tinggi jugak..tingkat paling atas iaitu tingkat 4...alahai siannya anak ibu...tiap kali pergi sekolah selalu berpesan pada Along jangan main lari2 kat sekolah...panjat tangga tu slow2 tak yah nak terkejar berlari spt sebelum ni...klau time dia tak kena lelah...kerjanya asyik nak berlari2 jer...

Kali ke2 ambik nebulizer untuk tahun 2012...ubat dah berkali2 topup dah..
Kesian Along...adik setia menemani Along heheh...adik pun sama macam Along jgak, ada lelah..cuaca sejuk je...mesti kena lelah...tak pun kalau demam dan batuk pun mesti kena lelah..
Acik tak....Acik bebas dari lelah yer hehehe.......
Ni 2 orang lagi pelakon tambahan hahaha...penuh bilik rawatan pakat masuk semua...yang baju ijau tu nak jadi pelakon utama plak heheh....
Kesain tengok Along katanya....nasib baiklah Alang tak de sakit lelah jugak :)
Sebelum pegi sekolah agama minum milo ngan biskut jer...takde selera nak makan nasi...Ibu doakan semoga Along cepat sihat yer..





Pancake

Assalamualaikum semua...

Cuaca redup sungguh kat Bdr Seri Putra pagi ni...awal pagi lagi dah gerimis, anak2 nak bangun mandi nak ke sekolah pagi tadi semua dok tergeliat nak bangun....sejuk katanya, tidur lagi best ni....Alhamdulillah ari ke3 ujan sejak tahun baru 2012 ni...masa anak2 start sekolah ari tu cuaca ceria sungguh tp kesian plak kat anak2 balik dari sekolah dek kerana cuaca panas terik...
hurmmm...biasa la manusia ni kan...kalau panas mintak ujan...kalau ujan mintak plak nak panas...cuba la belajar bersyukur heheh.....

Pagi ni sempat masak pancake jer, sbb sikecik 2 orang ni awal2 pagi dah bangun..tak leh lah ibu nak lama2 kat dapur...naik bingit telinga ni sikecik dok menangis2 mintak nak dukung...awal pagi memang selalu bising..macam2 permintaan..sibuk plak ngan 3 si abang nak pegi sekolah lagi...kesian abah...ibu tak dapat nak layan abah pagi2..asyik dok layan anak2 jer...apapun..tq darling sebab memahami keadaan ni hehe...



Resepi pancake ni dah lama dok kat waiting list, dah macam2 pancake sebelum ni mencuba, pagi ni cuba resepi dari Hana..sedap dan gebu jer. Anak2 suka sangat...katanya macam makan pancake kat McD jer...haaa...lepas ni tak yah pancake McD lagi la yer...ibu masak je...boleh makan puas2.....tak nak dok citer panjang2 la sbb dah lewat ni nak masak utk 3 bujang yang sekolah tu...kejap lagi kol 11 si angah balik dari sekolah agama, kol 12.30 alang plak balik dari tadika dan pukul 1 along plak balik...balik jer terus nak ngadap makan....kejap2 lagi plak sibuk ngan sikecik ni nak tido la bagai.....

Hana...izinkan wan cnp resepi pancake kat sini yer....

 Resepi:hanamemories

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 6 sudu butter - cairkan
  • 21/2 cwn tepung naik sendiri
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar lemon juice - optional
  • secubit garam
Cara-cara
  • Campurkan ke semua bahan dan blend hingga sebati.
  • Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  • Cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.
  • Hidangkan panas2 dengan topping pilihan

Wednesday, 11 January 2012

Bawal masak stim

Selamat petang....

Ikan bawal emas lagik..dah jadik peberet en somi plak okan ni. Kali ni wan masak stim style mat gebu plak... best tau...rugi kalau tak cuba, wan skodeng resepi ni kat myresipi, biasa la orang tak pandai masak kan...setiap kali nak masak mesti google dulu, kat myresipi ni macam2 ada. Jadik tak payah la nak beralasan tak pandai masak k...ikut saja bahan2 tu mmg jadi punya masakan tu....lain la kalau malas kan....ehehe...

 Sebelum ni Wan pernah masak bawal emas masak stim jg... kalau nak cara tu boleh jenguk  DISINI.....
Resepi: mat gebu 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (bawal)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 3 sudu besar jus limau nipis *
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak*
  • 1 1/2 sudu kecil gula*
  • 5-10 biji cili padi ( dihiris)*
  • 2 batang serai (dihiris)*
  • 1/2 kuntum bunga kantan (dihiris)*
  • 1 helai daun limau purut (dihiris)*
  • 1/2 inci halia muda (dihiris)*
  • 2 ulas bawang putih(dihiris)*
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung*
  • 1/2 sudu kecil garam*
  • 1/2 sudu kecik serbuk pati ikan bilis @ 1/2 kiub pati ikan bilis
Cara-cara:
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dengan garam, tepung jagung, serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan sos (yang bertanda*) hingga sebati, ketepikan.
  3. Kemudian letakkan bahan sos diatas ikan yang telah diperap td, kukus sehingga masak.
Wan masak tak letak bunga kantan..dah banyak kdai mencari kantan tp semua takde...tapi rasa ikan ni tetap sedap...kalau ade kantan mesti lagi umphhhh.....


Puding Kastard Berkuah

Assalamualaikum w.b.t

Sejak buka sekolah ni....baru hari ni sempat nak letak n3 kat sini...sebelum ni dok jenguk2 jer, mmg tak sempat, mana nak layan si kecik lagi, tugas2 rumah lagi..nak plak anak wan yang paling kecik asyik dok melekat je kalau tengok ibunya melangkah kaki nak ke dapur..memang tak puas ati betul dia kalau tengok wan buat kerja dapur....ermmmm... jealous sangat pabila tengok kawan2 blogger setiap hari dok menghupdate...letak plak n3 yg mengancam...

Wan masak pun yang simple dimple jer..maklum la masak sambil berdukung sajer..time si kecik ni tidur dok berkejar wat kerja umah lain plak, kalau semua kerja nak tunggu buat masa sikecik tidur mmg tiap2 ari la kerja umah tertangguh...apa pun syukur diatas nikmat yang Allah kurniakan...diberi kesihatan yang baik utk menguruskan semua ni...

Ari ni nak tayang 'puding kastard berkuah'...puding ni kegemaran wan sekeluarga, sampai sikecik ni pun suka..kalau wan buat ni kena gandakan adunan...kalau setakat satu adunan jer mmg tak cukup.


Pilihan kids.....
Resepi asal:missima 
Salinan olahan:kitchenmyworld 

Bahan-bahan kastard:
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 5 cawan air
  • 2-3 sudu besar susu pekat
  • 2-3 sudu besar gula pasir
Bahan-bahan kuah kastard:
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (guna tin susu td)
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil esen
  • 1 biji kunung telor (optional)
  • 2 sudu besar tepung kastard
Bahan-bahan hiasan:
Fruit coctail @ nata de coco

Cara-cara membuatnya:
  • Masukkan tepung kastard kedalam periuk, campurkan garam dan gaul sebati.
  • Campurkan semua bahan2 cair, kacau sebati.
  • Masukkan bahan2 kastard diatas api kecil menggunakan senduk kayu, kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat.
  • Bila adunan kastard sudah meletup2, tutupkan api.
  • Tuangkan kastard dalam bekas yang bersesuaian.
  • Sejukkan.
Kuah kastard: 
  • Masukkan semua bahan2 dalam periuk.
  • Masak kuah hingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit.
Hiasan puding:
  • Letakkan bahan2 hiasan atas puding yang dihidangkan bersama kuah kastard.

Tuesday, 3 January 2012

Promosi hebat

Assalamualaikum w.b.t....

SELAMAT TAHUN BARU 2012

PROMOSI TAHUN BARU
BELIAN :
WHITENING BAR / ACNE BAR (100gm), 
+
WHITENING TONER / OIL FREE TONER (60ml),
+
UV SUNBLOCK (10gm)
+
NIGHT CREAM / SCAR CREAM (10gm)
  =
HARGA BIASA 
SM RM138.00, SS RM147.00
HARGA PROMOSI
SM RM130.00 / SS RM140.00
+
LOBATA CREAM / ACNE GEL (10gm)
@ RM20.00 jer 
=
SM RM150.00 / SS RM160.00







Jejari Roti Rangup

Assalamualaikum....
N3 pertama tahun baru 2012, masih tak terlewat lagi nak ucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2012' , kejapnya masa berlalu...bertambah lagi la umur tahun ni..mmmm...makin tue dah. Taknak berceloteh lama sbb mata pun dah berpinau ni belum tido lg, baru jer siapkan balut buku buat kali yang ke-2, pastu jahit lencana dan lipat kain...siang hari tak sempat nak ngadap semua ni...banyak gangguan. Ok lah...wan nak share jejari roti rangup ni yang wan masak pagi td, sebelum ni anak2 tak suka makan bahagian tepi roti tu, wan buang macam tu jer...membazir plak. sekarang dah tak membazir lagi dah, baru terpikir nak goreng bahagian tepi roti tu...sedap rupanya, wan pernah ikut stail nasyieen wat, roti tu dicelup dengan telur pastu ditabur dengan gula halus @ gula aising, wan dah cuba sekali tapi anak2 kurang suka sbb letak gula, so wan pun derhaka la sikit...wan buat celup tepung...mmm...sedap...rangup sangat....cicah ngan sos anak2 suka la, nak plak ngan sos thai.

Ni cara nasyieen buat:- 

24 keping tepi roti
1 biji telor
2 sudu besar susu segar
sedikit garam
gula halus @ gula aising secukupnya
mentega utk menggoreng
 cara-caranya:
  1. Masukkan telor, garam dan susu dalam mangkuk. Pukul telor biar sebati.
  2. Panaskan 2 sudu besar mentega, celup roti dalam campuran telur td dan goreng hingga perang.
  3. Buat sampai habis, kemudian tabur dengan gula halus atau gula aising.....
Yang ni cara2 wan buat:
1 cawan tepung
1 cawan air
2cm marjerin
1 sudu kecil garam dan gula
sedikit pewarna kuning.