Wednesday, 11 January 2012

Bawal masak stim

Selamat petang....

Ikan bawal emas lagik..dah jadik peberet en somi plak okan ni. Kali ni wan masak stim style mat gebu plak... best tau...rugi kalau tak cuba, wan skodeng resepi ni kat myresipi, biasa la orang tak pandai masak kan...setiap kali nak masak mesti google dulu, kat myresipi ni macam2 ada. Jadik tak payah la nak beralasan tak pandai masak k...ikut saja bahan2 tu mmg jadi punya masakan tu....lain la kalau malas kan....ehehe...

 Sebelum ni Wan pernah masak bawal emas masak stim jg... kalau nak cara tu boleh jenguk  DISINI.....
Resepi: mat gebu 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (bawal)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 3 sudu besar jus limau nipis *
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak*
  • 1 1/2 sudu kecil gula*
  • 5-10 biji cili padi ( dihiris)*
  • 2 batang serai (dihiris)*
  • 1/2 kuntum bunga kantan (dihiris)*
  • 1 helai daun limau purut (dihiris)*
  • 1/2 inci halia muda (dihiris)*
  • 2 ulas bawang putih(dihiris)*
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung*
  • 1/2 sudu kecil garam*
  • 1/2 sudu kecik serbuk pati ikan bilis @ 1/2 kiub pati ikan bilis
Cara-cara:
  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dengan garam, tepung jagung, serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan sos (yang bertanda*) hingga sebati, ketepikan.
  3. Kemudian letakkan bahan sos diatas ikan yang telah diperap td, kukus sehingga masak.
Wan masak tak letak bunga kantan..dah banyak kdai mencari kantan tp semua takde...tapi rasa ikan ni tetap sedap...kalau ade kantan mesti lagi umphhhh.....


4 comments:

  1. assalam, masakan yg simple dan sedap. salam kenal, saya follow yer:)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam Nieza...terima kasih dan salam kenal juga dari wan :)

    ReplyDelete
  3. As'salam Wan

    Ikan bawal k.ct suka makan. Tapi selalunya masak sweet sour jer. kalau beli pun sekor jer yang besar Wan. sebab Hubby k.ct tak berapa gemar katanya rasa ikan ni tawar tak sedap..hehehe

    selalunya kalau buat stim ni, lebihan air kukusan tu sedap juga dihirup Wan..lama juga tak stim2 ikan ni Wan..berselera pulak k.ct tengok pagi2..hehehe semuanya nak makan erk tengah lapor ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam kak ct...
    Husband wan dan anak2 suka sgt kak ikan ni,sblm ni asyik dok ngadap siakap,smp anak2 dah jemu sbb tiap2 minggu husband bl,lps tu beralih arah dok ngadap bawal emas ni plak...ikan ni wan msk sweet sour,kari dan terbaru ni la versi kukus plak...kuahnya suka wat byk2,anak2 ngan husband suka....

    ReplyDelete

takkan baca jer....komen la sikit :)