Wednesday, 18 January 2012

Kuzi Ayam

Selamat pagi....
Dah pukul 3.30 pagi dah weihhhh...dah rasa tak ngantuk plak mata ni, sambil2 menunggu suami yang belum balik lagi (settlekan masalah sampah)...kesian...kol 3pg datang ambil sampah..settle jugak akhirnya isu sampah ni..bayangkan...hampir 2 minggu alam flora tak datang ambik sampah ni,mogok.... berlonggok2 tak usah citer la, sampai dah atas jalan dah, Alhamdulillah selesai jugak isu sampah malam ni....kalau tak sakit mata jer dok pandang sampah yang berlonggok2 ni, tak nak pandang pun rumah sebelah jer ngan tong sampah ni hahaha...nak tak nak kena la pandang gak kan...

Oklah...kita tutup bab sampah ni, kita citer plak bab kuzi nih, ni la lauk yang wan makan bersama dengan nasi mentega kismis jumaat ari tu, resepi ambil daripada Chef hanieliza.fotopages, sedap dan ringkas je penyediaannya.

Chef Liza wan cnp kat sini yer untuk rujukan wan masa akan datang...terima kasih atas resepi ni...sedap...
Resepi: Chef hanieliza 
Bahan-bahan:
KUZI AYAM

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.
 

Bagi kawan2 yang tak de rempah kuzi tu boleh try yang ni yer...

BAHAN REMPAH KUZI
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh biji piun
<--sory la wan n chef liza pun tak tahu camner rupa...
1 biji cabai
2 kelopak bunga lawang
1 hiris buah pala
1/2 inci halia putih
<--- ni pun wan dan chef liza x pernah jumpa
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji cili kering
1 inci halia

Cara:
Rempah-rempah yang di atas digoreng tanpa minyak, dimesin kering halus.


4 comments:

  1. akan cuba resipi yang sangat, sangat baik selamat makan

    ReplyDelete
  2. Selamat mencuba yer..tq sudi jenguk blog wan :)

    ReplyDelete
  3. As'salam Wan

    selalunya menu ayam ni kalau masak hari2 pun tak apa bagi anak2 k.ct. Cuma k.ct jer macam jemu bila tengok ayam ni, apa taknya dalam seminggu ada 7 hari, jadi 6 hari k.ct akan masak ayam. tak kisahlah goreng atau masak berkuah. Dah fav anak2 kenalah ikutkan, sebab masing2 tak suka makan ikan..hihi

    Pernah ternampak kat blog suzi menu ayam kuzi ni berselera jer makan panas2 kan.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam w.b.t....
    Sama la ngan wan kak ct, anak2 mmg suka mkn ayam je,sorang je anak wan yg jenis tak memilih lauk yg no 3,kalau yg sulung ngan no 2 lg la, ayam je dia mkn, seafood alergic...pening dok mk menu...ari ni ayam grg kunyit je heheh....

    ReplyDelete

takkan baca jer....komen la sikit :)