Saturday, 17 November 2012

Apa itu Nutrisi Selular?

Memandangkan badan kita sangat-sangat memerlukan nutrien, kita harus tahu samada sel yang menyerap nutrisi ini adakah berfungsi sebaiknya dan dapat melakukan 'tugas'nya dengan baik? Sel yang menyerap nutrisi ini ialah vilus. Vilus merupakan komponen penting dalam usus kecil kita yang akan menyerap nutrisi daripada makanan yang diambil sehari-hari.

Dalam dunia kita yang semakin canggih ini, boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai vilus yang agak rapuh dan kurang baik. Ini adalah berikutan kesan daripada pemakanan seharian kita, penggunaan toksin dan bahan kimia dalam pemprosesan dan pertumbuhan sayur-sayuran dan buah-buahan, pencemaran udara dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah sekiranya vilus kita turut termasuk dalam kategori ini. Malah, mengikut kajian WHO (World Health Organisation), kadar nutrisi dan zat dalam sebiji epal sekarang adalah tidak sama dengan zat dalam sebiji epal pada masa yang lalu!

Jadi, Herbalife sangat membantu memperbaiki vilus yang rapuh ini dan membantu mengaktifkannya. Inilah yang dinamakan nutrisi selular, yang mana produk Herbalife diasaskan dan diformulasikan dengan konsep terbaik ini!
Kalau mahu tahu, ini adalah vilus kita!

Vilus merupakan komponen halus berbentuk seperti jejari yang mana terletak di sepanjang dinidung usus. Pada asasnya, ia berfungsi sebagai 'jaga' ie guard, membantu penyerapan lebih banyak nutrien, mineral dan vitamin serta memelihara diri daripada toksin.

Jika sihat vilus kita, maka mudahlah bagi kita untuk menikmati setiap nutrisi daripada makanan yang kita ambil. Bukan itu sahaja, proses memperbaiki sel juga dapat dilakukan dengan baik (proses regenerate), yakni sel-sel lama akan diganti dengan yang lebih baik.

Jika sebaliknya, maka tidak hairanlah mengapa kita asyik mahu makan sahaja dan asyik rasa lapar sahaja. Ini adalah kerana vilus kita sangat lapar dan dahagakan nutrisi. =)

Secara logiknya, jika kita makan makanan yang sihat, maka kesihatan diri juga dapat dipertingkatkan. Penyakit-penyakit yang kebanyakkannya berpunca daripada corak pemakanan kita akan berjaya dikurangkan dan diatasi dengan penggantian produk Herbalife yang berunsurkan bahan semulajadi.

Jadi, usah berlengah lagi. Hubungi saya sekarang untuk mencuba produk nutrisi selular yang sihat ini! :)

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)