Saturday, 17 November 2012

Herbalife untuk Wanita Mengandung

Kebanyakan produk di pasaran yang diambil bertujuan untuk menurunkan berat badan memang tidak dibenarkan diambil semasa mengandung mahupun menyusu. Namun, lain halnya dengan Herbalife. Ini adalah kerana Herbalife bukannya ubat kurus mahupun ubat pelangsing tetapi Herbalife ialah pemakanan NUTRISI SELULAR yang sangat berkhasiat dan bernutrisi. Mahu tahu apa itu NUTRISI SELULAR? Boleh tgk DISINI



Dengan Herbalife, anda boleh menurunkan berat, menaikkan berat mahupun untuk maintain berat yang ideal. Ketiga-tiga tujuan ini insyaAllah boleh berhasil dengan jayanya mengikut pelan pemakanan yang berbeza antaranya. Akan tetapi, bagi wanita yang mengandung, tentu sekali corak pemakanannya berbeza.

Seperti yang kita sedia maklum, semasa mengandung terutama dalam trimester 1, kesemua nutrisi dan zat-zat adalah sangat penting dalam pembentukan otak dan organ bayi dalam kandungan. Jelas sekali, pemakanan awal mengandung sangat penting dan semua doktor menasihatkan untuk mendapatkan makanan seimbang dan berkhasiat.

Sungguhpun saya belum berkesempatan untuk ber"Herbalife" semasa mengandung, ramai sudah terbukti dan kagum dengan keberkesanan dan khasiat Herbalife.

Tips pemakanan Herbalife semasa mengandung:-

1) Makan seperti biasa iaitu dapatkan pemakanan cukup seharian. Digalakkan untuk mengambil shake sihat nutrisi selular Herbalife semasa selingan antara makanan utama.  dan BUKAN mengambilnya sebagai makanan gantian.

2) Digalakkan untuk ambil Herbalife sebagai nutrisi tambahan dan bukannya mengambil mengikut pelan pemakanan untuk penurunan berat badan. Semasa mengandung, bukanlah waktu untuk berdiet dan untuk kurus kerana anda perlu sedar tentang pembentukkan bayi dalam perut anda =)

3) Boleh ambil paling kurang sekali bagi memastikan kandungan nutrisi yang sihat dan mencukupi buat ibu dan anak dalam kandungan

4) Cuma kurangkan atau tidak ambil langsung teamix kerana kandungan kafein yang terkandung di dalamnya. Jika masih mahu mengambilnya, dinasihatkan agar mengambil dalam kuantiti paling sedikit (atau light tea)

InsyaAllah, usaha anda dalam memastikan hanya nutrisi dan makanan sihat sahaja yang masuk dalam badan anda dapat mengurangkan atau menghilangkan segala simptom awal mengandung seperti alahan morning sickness, lesu dan keletihan dengan shake sihat nutrisi selular Herbalife.

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)