Monday, 3 November 2014

Ayam Kenny Rogers Noxxa

Assalamualaikum...gud morning sayang2 semua...

Ari ni punya cerita...masak ayam kenny rogers lagi...tp guna ayam pencen atas permintaan en suami..

Kat sini cik wan share resepi nyer sekali ye...nanti adik2 kakak2 boleh la cuba ye, senang je penyediaannya, kalau guna noxxa hanya 45 minit je..klau ayam biasa 15 mnt.

Ok xnak cakap banyak2 ye....
Selamat mencuba ;)

Apam Susu Noxxa

Assalamualaikum, selamat malam....

Syukur Alhamdulillah Cik Wan masih lagi di beri kesempatan utk update 'koleksicikwan' lagi utk hari ini.... pejam celik pejam celik ....dah masuk bulan november kita ye, dah nak habis tahun 2014 dah...sekejapnya masa berlalu...

Haaa...sepaptutnya update apam susu ni semalam...sbb pg semalam buat apam susu ni, tp semalam layan kenduri, balik umah pun dah ptg, pastu pegi jemput en suami plak kat ukm, pastu jamu2 mata plak kat pasar malam....lepas insyak je badan ni terus outttt....adehhh...nampak sangat badan ni dah semakin tua..cepat je rasa penat..haha...dah tua dah cik wan ni rupanya ye....

Oklah...byk plak cik wan ni nak membebel, sebenarnya nak citer pasal apam susu je pun....haaa dah cuba buat pun...senang sangat2...budak kecik pun reti buat ni, nak plak cik wan masak dengan NOXXA , lagilah senang...cepat sgt2.

Bagi kawan2 yg nak try buat apam susu ni cik wan akan share resepi tu kat sini ye...cubalah buat tau...senang je, bahan2 pun simple je. Anak2 cik wan suka sangat, nak plak makan time panas2 tu. Bg kawan2 yg nak masak guna NOXXA....cuba set hp18 minit je tau, tp klau nak rasa lembut dan lembap kawan2 boleh steam dengan air tau (kalau guna noxxa), tp klau guna kukus dapur gas tu, ikut je arahan kat resepi tu, resepi cik wan malas nak tulis...letak yg screen shoot terus je..hehehe...pemalas punya orangggg..

Ok selamat mencuba....

Saturday, 1 November 2014

Periuk Ajaib Noxxa

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN PERIUK AJAIB: 
- Pilihan Tekanan Tinggi & Rendah @ Hi-pressure, Low-pressure 
- Pelbagai fungsi 
* Masak Perlahan, Mengukus, Menumis 
* Slow Cooker, Steam, Stir-fry 
* Memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat 
* Reheat - Pelewat Masa sehingga 8 jam. 
* Delay Timer 

- Periuk tidak melekat 8L,  Non-stick 
* Saiz periuk bahagian dalam - Diameter : 26.2cm - Height : 17.5cm 
- boleh masak 16 cawan beras 

Kegunaan & kelebihannya: 
Testimoni dari para pengguna: 
- Boleh membuat Pop-corn 
- Masak kek kukus 
- Masak Dodol & Halwa Maskat 
- Buat sendiri Sardin 
- Rebus daging, tulang & ekor dalam masa yang singkat 
- Goreng Bihun dlm masa yg singkat (tak perlu rendam bihun , masuk je dalam periuk) 
- Masak Nasi biasa & nasi beriani dalam masa 7 minit 
- memasak sup tulang, sup ekor, cuma memakan masa lebih kurang 40 minit sahaja 
- Rebus telur dlm 30biji, 2 minit shj

** Boleh beli inner pot berangsingan dengan harga RM59 sahaja..... kalau nak tambah lagi satu, jadi tak perlu risau kalau nak masak second dish… Anda takkan rasa rugi dengan memiliki noxxa kerana noxxa sangat2 membantu anda...hehe..amboi ayat tak menahan......kerja dapur jadi cepat dan jimatkan masa...

Bg sesiapa yg berminat boleh contact Cik Wan....whatsapp/ sms 019-266 2627


Bibikku Noxxa

Assalamualaikum....
Lamanya tak update sini....berhabuk...bersawang dah rumah Cik Wan ni, adehhh...

Malam ni tak dapat nak tido plak...dok pk2 plak esok nak suruh bibik masak apa...hehe...al maklum la sejak ada bibik ni rajin sungguh cuba menu2 yg jarang di buat sebelum ni, ye la...keja kat dapur jd senang dan cepat je sejak ada bibik...tak sia2 Cik Wan dapat bibik ni..

Petang semalam suruh bibik masak Ayam Kenny Rogers....walla weiii memang mabeles sungguh..adik2 kakak2 mmg kna cuba tau mmg tersangatlah sedap...xyah nak susah2 pegi beli kat kedai dah...lagi berbaloi kita buat sendiri...anak2 makan ratah je, siap request suruh bibik masak ayam tu setiap hari...amboiii...banyak cantik yerrr.

Petang tadi plak mood tersangatlah rajin nak baking plak...kalau dulu nak masak Kek Gula Hangus ni tersangatlah malas....tang buat gula hangus tu yg sangat malasnya...entah mana datang angin rajin plak ari ni nak masak kek tu....Alhamdulillah...dengan bantuan bibik kejap je Kek Gula Hagus siap...sangat berpuas ati....

Haaa...klau adik2 kakak2 semua nak tau sapa bibik Cik Wan yg suka tolong time masak tu.....NOXXA la...Multifunction Presure Cooker dari Amway....adik2 kakak2 rugi tau kalau tak beli, dah cuba guna bibik noxxa pasti akan jatuh hati....hehe.

Kalau berminat nak dapatkan bibik noxxa, boleh whatsapp, sms kat no ni ye 019-266 2627, segala tunjuk ajar akan diberikan secara percuma....Berbaloikan....

Monday, 15 September 2014

Day 5 -Hospital Serdang

Assalamualaikum..,
Semalam tak sempat ibu nak hupdet sbb Bby Muhammad meragam...demam dan muntah2. Kesiannya la, Alang kat spital, Muhammad plak demam kat umah.

14 September 2014
Day 4

Ari ni ibu datang lambat sikit spital, ibu pun dah rasa naik lemau badan, Muhammad demam plak, asyik nangis, batuk2 dan muntah..

2.30 ptg
Baru nak gerak pergi spital, sebelum tu singgah Klinik Hasif belikan ubat untuk Muhammad, belikan topup ibu dan tapau jajan sikit...

3.15pm
Sampai bilik wad 5b, doktor baru je keluar dari wad Alang, dah tukar pesen plak cara letak tangan....kena gantung plak dah, nak bg bengkak kat tangan susut. Bahagian kulit mati dah kena jangkitan kuman, semakin besar benjolan air tu....kadang2 sakit pedih2 kat situ..sekarang ni sakit bahagian patah dan tempat jangkitan kuman tu la...Ya Allah....tak sampai ati nak tengok, air mata masih meleleh lagi menahan sakit...tp disebabkan abang2 dan adik dia sampai, semangatnya kuat, terus bersembang2 bercerita. Sesekali berkerut dahi Alang menahan sakit sampai meleleh air mata....Ya Allah...permudahkanlah urusan baginya, ringankanlah beban yg dia tanggung, tak tertahan rasa hati ni nak tengok Alang berterusan macam tu.

3.45pm

Cik Za sekeluarga dan Cik Ziha sekeluarga dtg melawat Alang ari ni...nampak dia suka sgt kawan2 dtg tgk dia....lupa sekejap pasal dia sakit..nampak la dia tersengih2. Sempat lagi bergurau masa mesin denyutan jantung dia error, tengok tu Alang dah mati katanya...hahaha dia gelak...seronok tgk dia gelak dan bergurau....

6.30pm
Ibu dah nak balik, Muhammad pun asyik merengek je, dah penat la tu, nak plak badan tak sihat.... Alang mula bersedih la klau ibu dan adik beradik dia yg lain nak balik...kesian plak tengok. Insya Allah esok ibi datang lagi tapi Along, Angah, Acik, Abang dan Muhammad dah tak boleh naik tau sebab esok ari isnin...selasa ari 1 Mesia, semua orang boleh naik....

3.00pg
Along kejut Ibu minta ubat lelah, lepas tu ambik inhaler, sesak nafas...

5.00pg
Abang tiba2 je bgn dari tido muntah2....Ya Allah...Abang plak demam....terus terjaga ibu tak boleh nak sambung tido lagi dah....

Oklah...setakat ni je ibu nak hupdet pg ni....kepala ibu dah mula toing2 dah....
Semoga Allah permudahkan semua urusan Alang.....semoga Alang cepat sembuh dan boleh keluar wad cepat2, kesian Abah...dah 4 ari juga la tak balik2...Ibu susah nak gilir2 dengan Abah jaga Alang....Alang kena kuat ye, banyakkan sebut nama Allah...semoga Allah tolong Alang bg cepat baik....

Wassalam....

Friday, 12 September 2014

Sayang anak ibu ♥♥

Assalamualaikum....

11 september 2014...

Sekali lagi dugaan buat anak ibu Haziq a.k.a Alang...Ya Allah...tabahkanlah...kuatkanlah....dan cekalkanlah hati anak ibu untuk menghadapi dugaan Ya Allah berikan padanya....ibu tau Alang kuat...Alang boleh tahan sakit tu walaupun ibu tau Alang sakit sangat2....

Lepas ni ibu dah rasa fobia sangat2 nak lepaskan Alang main kat luar...sangat2 takut....ibu juga berharap Alang dapat mendengar kata2 ibu lps ni...jangan pikir nak sedap main jer...

Ibu sentiasa berdoa utk kesejahteraan Alang, mohon dilindungi OlehNya selalu...semoga dipermudahkan segala2nya...mudahan2 cepatlah ilang bengkak tu, boleh buat operation cepat2....ibu takut sangat2 kalau2 nanti kena jangkitan kuman kat bahagian kulit mati tu -nauzubillah....

Kesian abah...ibu tak boleh nak gilir2 dengan abah untuk jaga Alang...kalau baby Muhammad dah tak menyusu badan agak senang sikit kot....ibu doakan supaya abah juga kuat dan sihat2 selalu...

12 september 2014

Pkl 12.30 tepat2 sampai kat hospital...ingatkan semua boleh masuk, rupanya2 kanak2 bawah 12 taun xleh masuk ari ni...adoiii, sib baik ada cik za datang sekali, dapatlah jagakan Muhammad, Acik dan Abang kat lobby...

Insya Allah esok 3 ptg ibu melawat Alang lagi...Acik dan Abang ari2 sebut rindu nak jumpa Alang....esok bolehlah jumpa ye...ibu lepak lama2 sikit kat spital esok..agak2 Muhammad dah penat main baru ibu balik...nanti Muhammad tidor lena sebab penat hehehe....

Petang td ibu minta abah wassap sikit gambar Alang...ibu nak tepek kat sini buat tatapan Alang nanti...



Tuesday, 9 September 2014

Along & UPSR 2014

Day 1 (Upsr) 9 september 2014

Assalamualaikum....

Pejam celik pejam celik dah umur 12 taun Along (Nasrul Hakim) sekarang....cepatnya masa berlalu....
Today along exam upsr...Ya Allah...ibunya neves giler weihhh..haha kalah orang nak ambik phd ni...

8.15pg along stat paper 1, ibu kat umah iringi dengan doa semoga along tidak gentar dan gemuruh semasa jawab exam tu....

1.30pm along balik rumah...muka ceria je..Alhamdulillah katanya dapat jawab dengan tenang...insya Allah yakin benar dia dapat elok...mudahan2...aaminn...

Sukan Tahunan Tadika Pasti Al Faizin Bandar Seri Putra

Assalamualaikum....

Baru sempat nak hupdet...heheh bz la sangat aku ni ye...malas terlampau xcelly...apapun nak hapdet jg la buat kenangan Faris nanti...gambar x sempat nak snap banyak pun sbb asyik melayan si kecik Muhammad ni....x larat kaki nak kejor weiii...xreti duduk diam Muhammad ni...

Acara sukan Pasti taun ni best...byk acara dan memang enjoy sakan nampak anak2..tp gbr acara tu xsempat snap pun...macam ckp td la asyik berkejor ngan Muhammad je...haha..
Camera man yg x bertauliah tu ade je tp entah apa2 candid dia layan..haha.

Ibu xnak bebel byk2 la kat sini ye Faris....nak tepek gambar je tau..yg mana ada je la....

Friday, 13 June 2014

Keagungan Malam Nisfu Syaban

Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

Sabda Rasulullah : “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:
“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya.

Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah  bersabda: 
“Sesungguhnya Allah  SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia;
musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang saling benci membenci).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menurut Imam Asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: ‘Telah sampai pada kami bahawa dikatakan:
sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu:
pada malam Jumaat,
malam Hari Raya Adha,
malam Hari Raya Aidil Fitri,
malam pertama di bulan Rejab dan
malam Nisfu Syaaban.’ Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

- Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
- Lailatul Baraah (malam pelepasan),
- Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
- Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
- Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
- Lailatul Syafaah (malam syafaat)
- Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
- Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Terbuka Pintu Langit Pada Malam Nisfu Syaaban, pintu langit dan pintu rahmat dibuka dan Allah mengampunkan orang yang tidak mensyirikkannya. Riwayat menyatakan pada malam Nisfu Syaaban akan terbuka segala pintu langit.

Wednesday, 11 June 2014

Mandi manda @Eco Garden Resort

Assalamualaikum....selamat malam...

Ni kisah entry tertangguh...hehe (entah hape2 la kan....)

Ari isnin ritu my hubby bawa kami anak beranak pegi mandi manda kat eco resort, air terjun xde la besar mana pun....tp wan suka sgt tempat tu...sejuk je...kepala hotak ni rasa relax dan tenang je tgk area situ...klau dapat tdo situ lagi best la...mesti sejuk malam2 kan....

Org yg paling hepy pegi situ anak2 la, walaupun air terjun tu x cantik mana tp dia org seronok dan enjoy...dah lama tak bawa dia org berendam ni, cuti sekolah ni pun x bawa mereka pegi mana2...so....sgt2 seronok la dpt peluang keluar macam tu, walaupun bbrp jam saja.

Tempat ni tak la besar mana pun tp best la bg wan....org lain xtau la kan...heheh...








Thursday, 10 April 2014

Gelagat si kecik

Assalamualaikum....

Dahh lama x hupdet blog...
Tetiba teringin plak pagi ni, tp tak tau apa nak letak kat blog ni haa.....
Try test letak gambar sikecik ni la, sebab sblm2 ni asyik error je nak upload gbr, tak tau plak knapa....tu yg malas nak hupdet tu..

Pejam celik pejam celik dah pun bulan april sekarang ni, kurang 80 ari lagi kita dah nak pose dah...tak sabar rasanya.

Dah time nak jemput anak2 balik sek agama dan tadika ni...laju bebenor plak rasa masa ari ni...ok lah ....daaaaa