Monday, 15 September 2014

Day 5 -Hospital Serdang

Assalamualaikum..,
Semalam tak sempat ibu nak hupdet sbb Bby Muhammad meragam...demam dan muntah2. Kesiannya la, Alang kat spital, Muhammad plak demam kat umah.

14 September 2014
Day 4

Ari ni ibu datang lambat sikit spital, ibu pun dah rasa naik lemau badan, Muhammad demam plak, asyik nangis, batuk2 dan muntah..

2.30 ptg
Baru nak gerak pergi spital, sebelum tu singgah Klinik Hasif belikan ubat untuk Muhammad, belikan topup ibu dan tapau jajan sikit...

3.15pm
Sampai bilik wad 5b, doktor baru je keluar dari wad Alang, dah tukar pesen plak cara letak tangan....kena gantung plak dah, nak bg bengkak kat tangan susut. Bahagian kulit mati dah kena jangkitan kuman, semakin besar benjolan air tu....kadang2 sakit pedih2 kat situ..sekarang ni sakit bahagian patah dan tempat jangkitan kuman tu la...Ya Allah....tak sampai ati nak tengok, air mata masih meleleh lagi menahan sakit...tp disebabkan abang2 dan adik dia sampai, semangatnya kuat, terus bersembang2 bercerita. Sesekali berkerut dahi Alang menahan sakit sampai meleleh air mata....Ya Allah...permudahkanlah urusan baginya, ringankanlah beban yg dia tanggung, tak tertahan rasa hati ni nak tengok Alang berterusan macam tu.

3.45pm

Cik Za sekeluarga dan Cik Ziha sekeluarga dtg melawat Alang ari ni...nampak dia suka sgt kawan2 dtg tgk dia....lupa sekejap pasal dia sakit..nampak la dia tersengih2. Sempat lagi bergurau masa mesin denyutan jantung dia error, tengok tu Alang dah mati katanya...hahaha dia gelak...seronok tgk dia gelak dan bergurau....

6.30pm
Ibu dah nak balik, Muhammad pun asyik merengek je, dah penat la tu, nak plak badan tak sihat.... Alang mula bersedih la klau ibu dan adik beradik dia yg lain nak balik...kesian plak tengok. Insya Allah esok ibi datang lagi tapi Along, Angah, Acik, Abang dan Muhammad dah tak boleh naik tau sebab esok ari isnin...selasa ari 1 Mesia, semua orang boleh naik....

3.00pg
Along kejut Ibu minta ubat lelah, lepas tu ambik inhaler, sesak nafas...

5.00pg
Abang tiba2 je bgn dari tido muntah2....Ya Allah...Abang plak demam....terus terjaga ibu tak boleh nak sambung tido lagi dah....

Oklah...setakat ni je ibu nak hupdet pg ni....kepala ibu dah mula toing2 dah....
Semoga Allah permudahkan semua urusan Alang.....semoga Alang cepat sembuh dan boleh keluar wad cepat2, kesian Abah...dah 4 ari juga la tak balik2...Ibu susah nak gilir2 dengan Abah jaga Alang....Alang kena kuat ye, banyakkan sebut nama Allah...semoga Allah tolong Alang bg cepat baik....

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)