Saturday, 14 May 2016

Kaedah Meruang Faraj



MERUANG?? SAYA TAK PERNAH MERUANG KAK! KAHWIN DAH 10 TAHUN!! APAKAH MERUANG TU??

JOM BACA!!

Meruang Faraj? tak ramai yang tahu,terutamanya anak-anak remaja zaman sekarang. Nasib lah arwah mak sempat beritahu saya tentang kepentingan meruang ni. nanti saya ulas lanjut ya,teruskan membaca. jangan malu jangan segan sebab ini ilmu yang sangat penting untuk kita kaum hawa.

Maksud Meruang Faraj

Meruang faraj adalah proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam faraj dengan menggunakan jari telunjuk. Bagi sesiapa yang belum pernah buat mungkin terasa ngilukan?, tak mengapa lama-lama kita akan terbiasa.

Sekiranya masih anak dara,cukuplah sekadar meruang hingga ruas 1 sahaja, bagi yang dah berkahwin meruang hingga ruas 3.

Bila perlu meruang?

meruang perlu dilakukan setiap kali selepas berhadas besar iaitu selepas haid,nifas @ selepas bersetubuh dengan suami. (Bg yg merancang...bimbang akan menghancurkan sperma)

Jika kita mengamalkan amalan pantang tradisional,bidan-bidan kampung sangat menitik beratkan penjagaan faraj seperti bertangas dan meruang. Tujuannya adalah:

1. mengelakkan faraj berbau yang tidak menyenangkan akibat darah nifas
2. mencegah masalah keputihan
3. mencegah penyakit kelamin
4. memantapkan rahim selepas melahirkan

Insya allah jika diamalkan dapat memelihara kesihatan rahim. nak meruang ada cara dan bagaimana posisi badan kita supaya tidak menyakitkan.

Posisi Meruang

1. Duduk di atas mangkuk tandas 2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah 3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas mangkuk tandas

Cara Meruang

1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan.

2. Masukkan jari sedalam mungkin (rujuk pada gambar diatas) sambil rehatkan paha, perut dan ari-ari.

3. Korek disekeliling dinding dalam faraj. Kita akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar

keputihan, lebihan darah atau sisa mani. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda

memuaskan. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak,maksudnya faraj sudah longgar. Meruang juga boleh membantu kita untuk memeriksa samaada darah haid atau nifas dah kering @ belum.

**Untuk mengelakkan faraj berbau... Cik Wan suggest guna Pencuci herba bidara (Gel vdara), boleh hilangkan gatal-gatal Miss v dan berbau.

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)