Saturday, 14 May 2016

Rawatan Senggugut



7 TIPS RAWATAN SENGGUGUT

Senggugut adalah sakit perut semasa kedatangan haid. Lebih kurang 40%-70% daripada wanita yang berada dalam tempoh kesuburan akan mengalami senggugut. Seramai lebih kurang 10% daripada mereka akan mengalami senggugut yang teruk.

Senggugut terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

SENGGUGUT PRIMER :

Senggugut jenis ini berlaku pada wanita yang mempunyai fungsi ovari dan struktur organ pembiakan yang normal. Ia biasanya disebabkan oleh pengecutan organ rahim yang berlebihan yang dikawal oleh sejenis bahan yang dinamakan prostaglandin.

SENGGUGUT SEKUNDER :

Senggugut jenis ini berlaku disebabkan oleh struktur organ pembiakan yang tidak normal seperti penyakit fibroid dan endometriosis. Senggugut sekunder biasanya berlaku pada wanita yang berumur di antara 20 – 45 tahun.

Senggugut boleh berlaku seawal beberapa hari sebelum kedatangan haid dan sakitnya menjadi maksimum pada hari pertama haid. Senggugut akan menyebabkan seseorang wanita mengalami simptom-simptom berikut :

sakit mengcengkam, kejang atau kedua-duanya pada bahagian pelvis, sakit tersebut boleh melarat ke bahagian pinggang dan peha.
Sakit senggugut boleh disertai dengan simptom-simptom sampingan seperti sakit kepala, loya, muntah, sembelit atau cirit-birit, pitam, sakit dan rasa bengkak pada payudara dan abdomen.

Biasanya senggugut akan mula reda pada hari ke-2 atau hari ke-3 haid.

Ramai di kalangan wanita yang mengambil keputusan untuk menghilangkan sakit senggugut mereka dengan mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Walaupun rawatan senggugut sedemikian cepat dan efektif, namun mereka harus sedar bahawa antara ubat yang diberikan adalah ubat tahan sakit yang boleh mendatangkan banyak kesan sampingan seperti gastritis dan kerosakan buah pinggang.

Sebenarnya bagi wanita yang mengalami senggugut primer, mereka digalakkan untuk merawat sakit senggugut dengan menggunakan kaedah rawatan senggugut alternatif. Rawatan senggugut yang betul boleh memberikan kesan yang memuaskan kerana ia mampu untuk menstabilkan hormon yang tidak seimbang.

Tips-tips rawatan senggugut yang berkesan:

1) Elakkan pengambilan diet yang mengandungi kandungan lemak tak tepu yang tinggi. Kaedah rawatan senggugut ini telah disahkan berkesan oleh seorang profesor dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di University of California. Daripada hasil kajian, beliau telah mendapati diet yang tinggi lemak tak tepu seperti daging lembu, kambing dan produk tenusu boleh mengakibatkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat dan ini boleh menyebabkan sakit senggugut menjadi lebih teruk.

2) Dalam rawatan untuk mencegah senggugut, beliau telah mencadangkan agar kaum wanita lebih kerap mengambil diet seperti ayam dan ikan bagi menggantikan daging. Beliau juga mencadangkan pengambilan minyak poli-tak-tepu seperti minyak jagung, minyak zaitun dan minyak flaxeed.

3) Elakkan pengambilan garam yang berlebihan. Kaedah rawatan senggugut ini mampu untuk mengurangkan radang dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim yang disebabkan oleh edema kerana pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan pengumpulan air di dalam badan.

4) Lebihkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi serat yang tinggi.
Karbohidrat serat tinggi seperti roti jagung dan oat mampu untuk merawat sengggugut yang disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang tinggi di dalam darah. Kaedah rawatan senggugut ini dapat merangsang penyingkiran hormon ini daripada badan dan kaedah ini telah disahkan efektif hasil daripada kajian Profesor Dr Judith Wurtman dari Massachusetts Institutte of Technology.

Kaedah rawatan senggugut ini telah dibuktikan efektif oleh beberapa kajian saintifik. Antara kajian yang masyhur ialah kajian yang dilakukan oleh Dr Ellen Yankauskas dari Women Center of Family Health di California. Menurut hasil kajian beliau, senaman rutin berupaya untuk menghasilkan sejenis bahan kimia yang menyerupai morfin yang dinamakan endorphin. Endorphin bertindak untuk melegakan sebarang kesakitan dan tekanan emosi yang berlaku semasa diserang senggugut.

5) Elakkan pengambilan minuman berkafein, coklat, teh dan minuman berkarbonat.Kajian saintifik telah membuktikan bahawa wanita yang mengamalkan pengambilan kopi, teh, coklat dan minuman berkarbonat mempunyai serangan senggugut yang 7 kali lebih teruk daripada mereka yang mengelak jenis minuman sedemikian.

6) Elakkan pengambilan minuman beralkohol, minuman beralkohol boleh menambahkan keasidan darah dan menyebabkan bengkak dan radang pada saluran pembiakan menjadi lebih teruk.

7) Amalkan pengambilan vitamin-vitamin tertentu. Vitamin A dan Vitamin D berupaya untuk mengelak kulit daripada mengalami acne semasa senggugut, Vitamin B6 seperti yang terdapat banyak di dalam ubi kentang, pisang, ikan dan ayam berupaya untuk melegakan tekanan emosi, kembung perut, sakit pada payu dara dan keletihan semasa senggugut.Kalsium dan magnesium dapat mengelak pengecutan yang keterlaluan pada dinding rahim semasa senggugut.
Vitamin E berupaya untuk melegakan tekanan emosi dan kesakitan pada payu dara semasa senggugut.Vitamin C dapat membantu untuk melegakan simptom-simptom alahan atau alergi yang berlaku semasa senggugut.

Bagi wanita yang mengalami senggugut sekunder, mereka mungkin akan mendapati tips-tips rawatan senggugut yang diterangkan di atas dapat sedikit sebanyak membantu melegakan sakit mereka. Golongan wanita ini juga digalakkan untuk pergi mendapatkan pemeriksaan doktor secara berkala untuk mengetahui perkembangan penyakit mereka.

Dr Muhammad Akbar Abdullah pernah berkata

Ada kes-kes yang mana bersalin normal menjadi sukar dalam kes wanita hamil yang pernah mengalami senggugut sekunder yang disebabkan oleh ketumbuhan seperti fibroid atau ‘cyst’ yang besar pada organ peranakan.

#jangan pandang remeh bila kita mengalami segugut.
KITA CUBA PERUBATAN TRADISIONAL YANG TERBUKTI BERKESAN.
JAMU BIDAN ADA CARANYA UNTUK MENANGANI MASALAH SEGUGUT.
Ikhtiar dan tawakal.Insha Allah ada jalannya.

(Kredit buat Kak Mim)

Perunding Jamu Bidan Berdaftar
Wan Anita Asfa
(Stokis Jamu Bidan Kajang)
019-266 2627

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)