Tuesday, 23 August 2016

Jalan-jalan COD

Bismillah...
Assalamualaikum... 

Ni cerita Jumaat lepas, tak sempat nak update tempohari... Al kisahnya...agen kepada Mini Stokis Cik Wan minta tolong COD Jamu Bidan kepada Client dia yang urgent nak beli Jamu Bidan untuk di bawa ke Brunei... Haaa..kenal tak siapa dia ni...HEHE

Plan nak pergi breakfast sebenarnya pagi Jumaat tu kat Unikeb, kami memang selalu breakfast kat situ,  dah tu kena pulak Cod ke Cheras, terpaksa la kami batalkan niat tu nak ke Unikeb..  Pukul 9 bertolak ke Aeon Cheras untuk Cod tu...amik kau penuh 1 keta pergi.. 


Elok sampai sana Abang Azizul Khamis ajak pulak breakfast,  segan gila weiii sebab cik Wan pergi ramai dengan kawan-kawan..dah tu siap bawak anak sekali, mula tu tolak tak nak breakfast tapi Abg Azizul Khamis beria-ia ajak..rezeki kami la kan...bukan senang kot nak jumpa dengan Abg Azizul Khamis ni...




Tengok jam dah pukul 11 pagi..alamak...anak dah balik sekolah ni, awak masih lagi kat cheras...sib baik ada kawan yang boleh tolong ambikkan anak balik sekolah...apalagi..makin rancak la kami bersembang dengan Abg Azizul Khamis sampai la pukul 12.

Alhamdulillah.. Abg Azizul Khamis terus beli banyak tau Jamu Bidan utk seseorang kat Brunei...kalau anda tau siapa 'seseorang' tu mesti terkejut punya la...apa pun cik Wan terpaksa rahsiakan.. Mula2 agen cik Wan tu bg je sebotol Jamu Bidan kat dia, sekali dia cuba...terus Order 12 botol terus, subhanallah... Maha suci Allah... 


Terharu sangat tau sebab Jamu Bidan semakin dikenali ramai..dah sampai Singapura dan Brunei. 

Ok lah...tak mau la story byk2.., kita jumpa kat entry lain pulak ya.. IN sha allah.. 

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)