Sunday, 4 September 2016

Aku dan Bisness Online

Bismillahirrohmanirrohim... 
Assalamualaikum... 



Pertama kali belajar bisnes Online pada tahun 2004, masa tu Cik Wan dah berhenti keja, dan mengandung anak kedua. Tak tahu apa nak buat, sebab Cik Wan jenis tak boleh nak duduk lepak2 goyang kaki je kat rumah. Mesti nak kena buat sesuatu. First step Cik Wan buka akaun Facebook mmg niat semata-mata untuk berniaga...lepas Facebook Cik Wan belajar buat blog, Cik Wan terjah macam-macam forum online utk pasarkan produk. Bisnes pertama JM Beautyline (jual korset), tak sampai setahun Cik Wan tarik diri sebab rasa tak boleh pergi jauh. 

Tahun 2005 Cik Wan bisness dengan Herba Prima (jual Jus mate 5), sempat la jugak merasa income 4 angka, tak sampai setahun upline buat hal....kelaut jugak bisness tu..

Tahun 2006 bisness bersama SNE Marketing, suka sangat-sangat buat bisness ni sebab ramai bantu Orang-orang yang ada penyakit kronik,  punya upline dan Team yang kuat...income bulanan 4 angka setiap bulan.. Hampir setahun setengah jugak Cik Wan bersama SNE marketing.. Tapi sayang...upline jugak kelaut bawak diri entah kemana...menangis Cik Wan sebab terkapai2 bergerak sendiri...lama kelamaan Cik Wan pun bawak diri jugak 😂.

Lepas tu Cik Wan sekadar jadi dropship je jual produk-produk trading, alhamdulillah... Seronok jugak.. Tapi Sale tak lah mencecah ribuan ringgit tapi Wan bersyukur kerana ada duit poket sendiri,tak perlu nak menadah tangan harapkan duit dari suami... Boleh beli apa keinginan di hati, boleh bagi mak, dan boleh tlg suami di kala kesempitan 😊.

Tahun 2009,Cik Wan buat bisness Herbalife..lebih kurang setahun jugak bersama Herbalife, alhamdulillah.. Masyuk jugak 😊 tapi tak lama.. Ada sebab2 tertentu Cik Wan stop buat herbalife.  Macam-macam Cik Wan fikir bisness apa lagi yang Cik wan nak buat... Cik Wan Join pulak satu group dropship jualan trading, sambil-sambil berpantang anak ke 4 masa tu.. Alhamdulillah.. Rezeki sentiasa ada selagi kita berusaha. Janji Allah itu pasti. Kalau dok goyang kaki je mana nak dapat kan....betul tak..ingat senang ke nak senang...

Pertengahan 2010 Cik Wan join bisness phytoscience, alhamdulillah... Merasa jugak income 4 angka 😊, tapi tak lama jugak bersama phytoscience sebab upline bawak diri 😂, sekali lagi terkapai2 Cik Wan tanpa leader. Terus Cik Wan menyepikan diri dan teruskan sebagai dropship sehingga tahun 2015. 

Tahun 2015, Bulan November Allah pertemukan Cik Wan dengan Pengasas Jamu Bidan Puan Ieda Rani. Beliau follow Cik Wan kat ig dan Cik Wan terus stalk setiap hari... Bermula dari pengguna, Cik Wan minta jadi sebagai dropship sebab sgt xde pengalaman dalam bisness jamu ni. Hampir 2 bulan jadi dropship terus jatuh hati dengan bisness 'jamu bidan'. Whatsapp Puan Pengasas syarat2 nak jadi agen, terus jadi agen awal tahun 2016. Berbulan jgak jadi agen masa tu, sebab sangat tak yakin kepada diri sendiri, di tambah pulak dengan masalah peribadi masa tu. Tekanan demi tekanan dan muhasabah diri.. Mohon petunjuk dariNya agar dipertemukan dengan perniagaan yang terbaik.  alhamdulillah..dari Gold Dealer Cik Wan upgrade Diamond Dealer,hampir sebulan sebagai Diamond Dealer Puan Pengasas ofer upgrade Stokis, masa tu tak fikir panjang dah terus cakap ya kepada pengasas...lepas tu barulah terdetik dalam hati...(ya Allah... Mampukah aku /layakkah aku untuk upgrade Stokis),  whatsapp Puan Pengasas, meluahkan rasa tidak yakin kepada diri...masa tu Puan Pengasas banyakkkkk sangattt bagi motivasi untuk keyakinan diri, yakin pada diri sendiri....

Alhamdulillah.. Syukur Pada Mu Ya Allah.. Inilah Cik Wan hari ini...
Banyak sangat perubahan positif pada diri setelah bersama dengan keluarga jamu bidan, Sale mencecah ribuan ringgit, sedih..terharu...gembira tak terkata, hanya Allah saja yang tahu. Bahagia bersama suami dan anak-anak,  bahagia bersama keluarga jamu bidan yang sangat-sangat positif dan ohsem.. 
Hampir 2 bulan sebagai Stokis..Allah pertemukan jodoh Wan bersama insan hebat yang kini mini stokis dan akan upgrade Stokis dalam masa terdekat nanti IN sha allah.. NOR Azizah Zainal Abidin orangnya...sangat hebat dalam bisness. Agen-agen Wan (Norziha, Rossmawati, hani rosli,Rosmaini, Fauziah, ummu balqis, ayu Ruzaimah, dan mak Wan jgak merangkap Diamond Dealer (Bidan), sale melonjak2, tanpa anda semua siapalah kak Wan sebagai Stokis Jamu Bidan Kajang. Tanpa anda kak Wan xkan dapat hit sale seorang diri. 

Alhamdulillah... Bulan Ogos HIT Sale kali ketiga bersama jamu bidan, tq Allah.. Tq sahabat-sahabatku yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat Wan...

Wahh..panjang lebar menulis hari ni 😊, kepada anda yang nak cari pendapatan sampingan sebagai suri rumah/yang bekerjaya boleh contact Wan 019-266-2627,  wan akan guide anda dari zero to hero.. Insya-Allah 😊

Harapan Cik Wan agar cik Wan terus berjaya bersama Empayar Jamu Bidan.  Kaya dan berjaya bersama Team Jamu Bidan. Ya Allah... Semoga Empayar Jamu Bidan terus success dan kukuh.. Dapat membantu ramai permasalahan wanita di luar sana...

Stokis Jamu Bidan Selangor -Kajang 
019-266-2627 

No comments:

Post a Comment

takkan baca jer....komen la sikit :)